MALAYSIA
Sabah Maju Jaya: Pelancongan berasaskan komuniti langkah strategik bawa limpahan ekonomi - Christina

Christina Liew (foto) ketika ditemu bual dalam program AWANI Sabah+, membincangkan mengenai Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ) dalam konteks pelancongan. -Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ) memberi penekanan kepada pelancongan berasaskan komuniti (CBT) bagi mengelakkan tumpuan berlebihan di kawasan-kawasan tarikan pelancongan utama sahaja.
Ringkasan AI
- Pelan SMJ menekankan pelancongan berasaskan komuniti (CBT) untuk mengelakkan tumpuan berlebihan di lokasi pelancongan utama dan membawa limpahan ekonomi ke kampung-kampung.
- CBT menawarkan penginapan berpatutan seperti inap desa, membolehkan pelancong merasai gaya hidup masyarakat kampung serta mengurangkan beban industri pelancongan.
- STB menyediakan sokongan dan latihan kepada komuniti tempatan agar produk pelancongan kekal lestari dan mencerminkan keunikan etnik Sabah, selaras dengan trend pelancong bebas (FIT) yang menyumbang 59% urusan perjalanan.
“CBT juga satu kaedah untuk mengurangkan beban industri pelancongan tempatan untuk menempatkan pelawat-pelawat yang datang ke Sabah.
"Bagi pelawat yang hendak duduk di Sabah sehingga dua minggu atau jangka masa sederhana, CBT boleh menawarkan penginapan yang selesa pada harga berpatutan.
“Apabila saya ke luar negara, ada pemain industri yang beri tahu saya kedatangan pelancong dan pendapatan daripada sektor pelancongan Sabah sangat tinggi, tetapi adakah Sabah ada hotel yang mencukupi?
“Saya jawab. Jangan risau. Kita ada hotel lima, empat, tiga dan tiada bintang, bahkan kita juga ada inap desa untuk ditawarkan.
"Inap desa ini beri peluang kepada pelancong untuk merasai gaya hidup unik masyarakat kampung,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam program AWANI Sabah+ pada Isnin.
Sabah Maju Jaya: Pelancongan berasaskan komuniti langkah strategik bawa limpahan ekonomi - Christina
Tambah Christina, bagi memastikan daya saing usahawan tempatan, Lembaga Pelancongan Sabah (STB) telah menyediakan pelbagai program sokongan dan latihan kepada komuniti untuk menawarkan produk pelancongan berdasarkan yang bersifat lestari tanpa menggadaikan aspek keunikan etnik masing-masing.Menurutnya, capaian inisiatif-inisiatif kerajaan kepada pengusaha-pengusaha kecil ini merangkumi ke semua 35 kumpulan etnik dan 217 kumpulan sub-etnik yang mewarnai latar masyarakat Sabah,
Untuk rekod, pada tahun 2024, sektor pelancongan telah menyumbang RM84.3 bilion dalam jumlah output ekonomi, menarik 3.14 juta ketibaan pelawat dengan jumlah perbelanjaan yang direkodkan sebanyak RM7.28 bilion.
Berdasarkan dokumen Pelan Pembangunan SMJ, (CBT) diberikan tumpuan berikutan trend pelancongan yang menjurus kepada Frequent Independent Travellers (FIT) atau penggemar melancong secara bebas; sendirian atau kumpulan kecil.
Mengikut rekod STB, FIT menyumbangkan sebanyak 59 peratus urusan perjalanan pelancong di negeri itu.
AWANI Sabah+: Eksklusif bersama Datuk Seri Christina Liew
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami