KOTA KINABALU: Sabah menyambut 140 pelancong dari Guangzhou, China hari ini yang tiba dengan penerbangan terus dari China pertama ke negeri itu sejak pandemik COVID-19.
Menurut Lembaga Pelancongan Sabah (STB) dalam kenyataan hari ini, penerbangan pesawat AirAsia itu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) 5.30 pagi tadi.
Menurut kenyataan itu, para penumpang telah disambut oleh Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri Datuk Joniston Bangkuai yang juga Pengerusi STB.
"Kami gembira menerima semula pelancong China dan kami harap pemain industri akan terus menyediakan perkhidmatan hospitaliti cemerlang kepada tetamu," katanya dalam kenyataan itu dan menambah China ialah pasaran utama dan penting bagi Sabah.
Beliau diiringi Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri Datuk Mohd Yusrie Abdullah, Konsul Jeneral China di Kota Kinabalu Huang Shifang dan Ketua Pegawai Eksekutif STB Noredah Othman.
Penerbangan tambah murah AirAsia turut dijadualkan membawa penumpang dari Shenzen, China ke KKIA esok.
Menurut STB, Sabah menjangkakan kemasukan pelancong China pada bulan-bulan akan datang serta pertambahan penerbangan terus dari beberapa bandar di China.
Sebelum pandemik, pelancong China merupakan pengunjung antarabangsa utama ke Sabah dengan 598,566 orang direkodkan pada 2019.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 02 2023
Para penumpang telah disambut oleh Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri Datuk Joniston Bangkuai yang juga Pengerusi STB. - Facebook Sabah Media
Angka korban rakyat Palestin di Gaza hampir 35,000
Kementerian Kesihatan Palestin memaklumkan sekurang-kurangnya 34,971 rakyatnya terbunuh dalam serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza.
AWANI Borneo [12/05/2024] – Penghormatan terakhir | Serik dikhianati | Komitmen KKM
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Assim Hassan
#AWANIBorneo 12 Mei 2024
- Ayah bangga Mutang meninggal ketika berkhidmat untuk negara
- Tidak rela pisang berbuah dua kali, Warisan hati-hati pilih calon PRN17
- Tiga klinik kesihatan daif di Sabah siap dinaik taraf tahun ini
#AWANIBorneo 12 Mei 2024
- Ayah bangga Mutang meninggal ketika berkhidmat untuk negara
- Tidak rela pisang berbuah dua kali, Warisan hati-hati pilih calon PRN17
- Tiga klinik kesihatan daif di Sabah siap dinaik taraf tahun ini
Darjah kebesaran, pingat 'asing' tanpa perkenan Agong tidak sah diguna pakai - MDDM
Darjah kebesaran, pingat atau bintang kehormatan yang diterima seseorang warganegara dari negara luar tanpa perkenan Yang di-Pertuan Agong, adalah tidak sah.
Google umum penamatan aplikasi Podcasts
Google memaklumkan Google Podcasts tidak lagi boleh memainkan sebarang podsiar berkuat kuasa 23 Jun 2024.
Li Jane raih emas kejohanan boling siri jelajah PWBA
Pemain boling wanita negara Sin Li Jane meraih pingat emas di kejohanan boling Terbuka Journal Rockford di The Cherry Bowl di Illinois.
Akaun Fleksibel KWSP: Pengeluaran lebih RM250 perlu proses e-KYC
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) meletakkan had maksimum pengeluaran wang daripada Akaun Fleksibel secara terus adalah RM250 sahaja sehari.
Tiga klinik kesihatan daif di Sabah siap dinaik taraf
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata,kini berbaki 25 lagi klinik kesihatan daif di Sabah masih dalam proses baik pulih.
PUSPEN kedua Sabah dibina di Tawau
Sebuah Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) baharu bakal dibina atas tapak keluasan 12 hektar di Batu 36, Tawau, Sabah.
Pelaksanaan program TVET kekal dikendali 12 kementerian - Ahmad Zahid
Program TVET yang dilaksanakan dengan kerjasama 12 kementerian dan agensi kerajaan perlu dikekalkan.
Tidak rela dikhianati lagi, Warisan ketengah calon setia dalam PRN17
Presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata budaya politik tidak sihat terhadap parti itu bukan hanya melibatkan perjanjian antara calon dan parti malah membabitkan sumpah calon atas nama Allah.
Kerajaan kawal rapi kemasukan pelancong asing - PM Anwar
Anwar menambah, kerajaan juga tidak mengambil kira dari mana pelancong asing itu datang dalam melakukan pemeriksaan ketika memasuki negara.
Kemasukan pelancong China, Kabinet Sabah tetapkan SOP terkini Rabu depan
Kabinet Sabah akan menetapkan polisi baharu sebagai persediaan berdepan gelombang atau varian baharu COVID-19 serta menangani kemasukan pelancong China.
Pelancong warga emas cedera diragut di hadapan KLCC
Mangsa cedera di kepala dan muka selepas diragut di hadapan KLCC, Jalan Ampang, Jumaat lalu.
40 pelancong China nyaris rentung di Sabah
Semua mangsa berjaya menyelamatkan diri termasuk pemandu bas dan dua pemandu pelancong sebaik menyedari berlaku kebakaran.
Kementerian beri MITA lesen sementara bertutur bahasa Mandarin
Presiden MITA Uzaidi Udanis berkata oleh kerana China adalah pasaran pelancongan penting bagi Malaysia, beliau berharap langkah itu akan membantu meningkatkan kedatangan pelancong China.