awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Zelenskyy jumpa Trump esok untuk bincang usaha tamatkan perang dengan Rusia
Wanita cedera dihempap pokok tumbang di Kampung Pantai Sepat
Kronologi kes 1MDB dihadapi Najib
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sabah terdedah kepada ancaman kerana kedudukan geografinya

Bernama
Bernama
26/12/2015
10:43 MYT
Sabah terdedah kepada ancaman kerana kedudukan geografinya
Jalaluddin berkata maklumat yang diterima berkaitan kegiatan ancaman global daripada pihak seperti militan Daesh atau IS (Negara Islam) dan Jemaah Islamiah diberi tumpuan. - Gambar fail
Kedudukan Sabah yang bersempadan dengan dua negara jiran iaitu Filipina dan Indonesia terutama di kawasan perairan timur menyebabkannya terdedah kepada ancaman keselamatan rentas sempadan.
Menegaskan demikian, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata sebagai contoh pergolakan di selatan Filipina.
Menurutnya keadaan itu menyumbang kepada kegiatan penculikan untuk wang tebusan dan Kumpulan Abu Sayyaf.
"Kita kena fokus ke arah itu untuk ditangani dengan memastikan kita sentiasa dalam siap siaga dan tidak mahu pisang berbuah dua kali," katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Balai Polis Tongod di sini, hari ini.
Beliau berkata, ancaman keselamatan di kawasan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) khususnya berkaitan kegiatan pengganas dan penculikan menjadi tumpuan utama Polis Sabah.
Beliau diminta mengulas mengenai jenayah di Sabah sepanjang menjawat jawatan Pesuruhjaya Polis Sabah selama setahun enam bulan.
Beliau akan ditukarkan sebagai Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard PDRM pada 31 Disember ini.
Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) Datuk Abdul Rashid Harun akan mengambil alih tempat beliau.
Jalaluddin berkata maklumat yang diterima berkaitan kegiatan ancaman global daripada pihak seperti militan Daesh atau IS (Negara Islam) dan Jemaah Islamiah diberi tumpuan.
"Kita tidak mahu Sabah menjadi tempat mereka berlindung atau menjadi sasaran mereka," katanya.
Topic Berkaitan
#ESSZONE
#Jalaluddin Abdul Rahman
#Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan