awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sabah terus jadi pilihan pelabur - Joachim

Eleanor Michelle Patrick
Eleanor Michelle Patrick
22/03/2022
04:20 MYT
Sabah terus jadi pilihan pelabur - Joachim
Bagi tahun 2022, kementeriannya bakal menerima satu lagi pelaburan berteknologi tinggi dari China dengan nilai pelaburan RM2 bilion. - Foto Japen Sabah.
KOTA KINABALU: Walaupun negara dihimpit pandemik COVID-19, Sabah kekal sebagai destinasi pelaburan pilihan apabila menerima suntikan pelaburan asing dan domestik sebanyak RM4.47 bilion tahun lalu.
Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Joachim Gunsalam berkata, daripada jumlah itu, 7,400 peluang pekerjaan dijana sekali gus memberi manfaat kepada ekonomi negeri itu dari sudut tukaran wang asing dan kutipan cukai.
Beliau yang juga Menteri Pembangunan Perindustrian berkata, bagi tahun 2022, kementeriannya bakal menerima satu lagi pelaburan berteknologi tinggi dari China dengan nilai pelaburan RM2 bilion.
"Pembukaan kilang pembuatan kaca solar panel di Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP) itu akan bermula pertengahan tahun ini di tanah seluas 130 ekar.
"Ia turut menyediakan sebanyak 1,700 peluang pekerjaan. Dengan adanya pelabur luar yang melabur di Sabah, sudah semestinya kontraktor tempatan akan diberi peluang untuk menjadi pembekal bahan mentah dan tenaga buruh.
"Langkah ini jelas dapat membantu menangani isu kemiskinan di Sabah kerana lebih banyak peluang pekerjaan disediakan untuk rakyat tempatan.," katanya pda persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah pada Selasa.
Beliau menjawab soalan asal kedua Peto Galim (PKR-Inanam) yang ingin tahu rancangan kementerian untuk membantu menangani masalah kemiskinan di Sabah.
Sementara itu, ditanya mengenai syarikat dan kilang serta jumlah pelaburan dan peluang pekerjaan oleh syarikat atau kilang yang sedang beroperasi di KKIP Sabah, Joachim berkata nilai pelaburan yang dijana adalah RM 1.680 billion.
Beliau berkata, ia meliputi sebanyak 242 buah kilang dan sekali gus mewujudkan 7,963 peluang pekerjaan.
"Kilang-kilang ini adalah terlibat dalam pelbagai rangkaian industri iaitu 17 entiti adalah dalam sektor berasaskan kayu; 39 adalah berasaskan makanan, 65 dalam sektor pergudangan, dan lain-lain aktiviti seperti berasaskan besi, getah, plastik, logistik, elektronik dan elektrikal, automotif dan lain-lain," katanya.
Topic Berkaitan
#Sabah pelabur
#Joachim Gunsalam
#Ekonomi Sabah
#pelaburan antarabangsa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan