awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sabah terus program bakul makanan, 315,000 isi rumah dapat manfaat

Eleanor Michelle Patrick
Eleanor Michelle Patrick
28/01/2021
15:41 MYT
Sabah terus program bakul makanan, 315,000 isi rumah dapat manfaat
Masidi berkata, pengagihan bakul makanan secara berperingkat telah dimulakan pada 26 Januari.
KOTA KINABALU:Kerajaan Sabah melalui Bantuan Prihatin COVID 2.0 akan meneruskan pengagihan bakul makanan kepada kumpulan sasar melibatkan penduduk yang terjejas termasuk golongan B40.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Sabah, Datuk Masidi Manjun memaklumkan perkara tersebut dalam satu kenyataan mengenai laporan harian COVID-19 negeri Sabah, pada hari ini.
"Peruntukan sebanyak RM31.58 juta telah diluluskan dan dijangka sejumlah 315,000 Ketua Isi Rumah (KIR) akan mendapat manfaat daripada peruntukan ini.
"Pengagihan bakul makanan secara berperingkat telah dimulakan pada 26 Januari 2021 ke seluruh daerah," tambah beliau.
Masidi yang juga jurucakap COVID-19 di negeri, berkata kadar pematuhan penduduk terhadap prosedur operasi standard (SOP) pada Khamis adalah sebanyak 92.75 peratus, dengan daerah Sipitang kekal mencatatkan kadar pematuhan tertinggi iaitu 95 peratus.
Sabah pada hari ini melaporkan penambahan 282 kes positif COVID-19.
Tiga daerah yang mencatatkan penambahan kes tertinggi ialah Kota Kinabalu (51 kes), Sandakan (37 kes) dan diikuti Penampang (24 kes).
Tiga kes kematian telah direkodkan iaitu dua di Lahad Datu dan satu di Keningau.
Setakat hari ini, jumlah zon merah di Sabah adalah sebanyak 21 daerah, berbanding 22 daerah yang dicatatkan kelmarin. Sipitang merupakan daerah terkini yang telah berubah daripada zon merah ke zon jingga.
Topic Berkaitan
#Sabah
#Bakul Makanan
#bantuan
#COVID-19
#Penduduk
#terjejas
#Masidi Manjun
#Ketua Isi Rumah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan