awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sabah tidak iktiraf tuntutan pihak mengaku waris kumpulan Sulu - Hajiji

Bernama
Bernama
29/03/2023
22:00 MYT
Sabah tidak iktiraf tuntutan pihak mengaku waris kumpulan Sulu - Hajiji
Hajiji yakin Kerajaan Persekutuan akan mengambil tindakan serius dan langkah yang konkrit bagi menyelesaikan apa sahaja isu tuntutan ke atas Sabah termasuk tuntutan yang dibuat oleh kumpulan tersebut. - Foto fail/Sinar Harian
PUTATAN: Kerajaan negeri dan seluruh rakyat sama sekali tidak mengiktiraf sebarang tuntutan oleh pihak yang mengaku waris kumpulan Sulu ke atas negeri ini, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.
Beliau berkata rakyat Sabah sendiri telah sekian lama memilih untuk bersama membentuk sebuah Persekutuan Malaysia melalui Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), justeru sebarang tuntutan pihak luar terhadap Negeri di Bawah Bayu itu tidak akan diktiraf sama sekali oleh rakyat negeri itu.
Hajiji berkata Kerajaan Sabah yakin Kerajaan Persekutuan akan mengambil tindakan serius dan langkah yang konkrit bagi menyelesaikan apa sahaja isu tuntutan ke atas Sabah termasuk tuntutan yang dibuat oleh kumpulan tersebut.
"Memang kita yakin (dengan Kerajaan Persekutuan) kerana kita sendiri tidak pernah mengiktiraf tuntutan (kumpulan mendakwa waris) Sultan Sulu ini," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan Ramadan kepada ibu tunggal dan penduduk kurang bernasib baik di sini pada Rabu.
Majlis yang diadakan di Masjid Jamek Putatan itu menyaksikan kira-kira 400 penduduk menerima sumbangan dan turut hadir Timbalan Ketua Menteri III Datuk Shahelmey Yahya yang juga Ahli Parlimen Putatan dan Ahli Dewan Undangan Negeri Petagas Datuk Awang Ahmad Sah Sahari.
Kumpulan yang mendakwa waris Sulu sebelum ini dilaporkan membawa tindakan undang-undang ke Mahkamah Sepanyol untuk mendapatkan pampasan terhadap tanah di Sabah, yang didakwa telah dipajak oleh nenek moyang mereka kepada sebuah syarikat perdagangan British pada 1878.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Perjanjian Malaysia 1963
#Parlimen
#Sulu
#undang-undang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan