awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sabah tidak pernah keluarkan lesen melombong - Hajiji

Pia Ernadya
Pia Ernadya
04/12/2024
15:42 MYT
Sabah tidak pernah keluarkan lesen melombong - Hajiji
Hajiji berkata, kerajaan hanya mengeluarkan lesen melombong yang bertujuan untuk penerokaan dan pengumpulan data geomineral. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Kerajaan Sabah tidak pernah mengeluarkan lesen melombong kepada mana-mana pihak.
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dalam menegaskan, dakwaan bahawa lesen itu diberikan adalah tidak benar sama sekali.
Beliau turut memberi jaminan bahawa sumber mineral di Sabah kekal terpelihara dan diuruskan dengan teliti.
"Kerajaan Negeri di bawah pentadbiran saya tidak pernah mengeluarkan lesen melombong (mining lease) kepada mana-mana pihak.
"Sebarang dakwaan bahawa lesen melombong telah diberikan adalah tidak benar sama sekali," jelasnya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Beliau berkata, kerajaan hanya mengeluarkan lesen melombong yang bertujuan untuk penerokaan dan pengumpulan data geomineral.
Ujarnya, proses ini adalah langkah awal yang diperlukan sebelum sebarang permohonan lesen melombong daripada syarikat yang layak dapat dipertimbangkan.
Namun menurutnya, terdapat segelintir pihak yang jadikan isu ini sebagai propaganda politik.
"Kerajaan Sabah tidak akan tunduk kepada usaha yang berniat untuk menggugat kestabilan politik negeri," tegasnya.
Berkaitan dengan penyebaran beberapa klip video terbaharu, Hajiji menjelaskan permohonan kumpulan itu melibatkan tanah yang luas, hampir 1 juta ekar.
"Sebahagian besar kawasan itu adalah kawasan perlindungan sepenuhnya (totally protected areas), kawasan tadahan air, dan kawasan pemeliharaan.
"Apabila permohonan mereka tidak berjaya, beberapa klip video telah disebarkan sebagai usaha untuk mengancam Kerajaan Negeri," jelasnya.
Oleh itu katanya, tuduhan yang mengatakan wakil rakyat meminta habuan adalah tidak berasas dan berniat jahat.
Topic Berkaitan
#lesen melombong
#sumber mineral
#tidak benar
#teliti
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan