awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kronologi kes skandal rasuah pegawai tertinggi ATM
MPM bukan peperiksaan berisiko tinggi, bantu tingkat pencapaian murid - Fadhlina
Bursa Malaysia dibuka meningkat susulan tindakan Trump batal ancaman tarif ke atas EU
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

‘Safe house’ seludup migran terbongkar, tujuh warga Bangladesh ditahan

Sinar Harian
Sinar Harian
22/01/2026
00:15 MYT
‘Safe house’ seludup migran terbongkar, tujuh warga Bangladesh ditahan
Antara warga Bangladesh yang ditahan di Taman Maluri, Kuala Lumpur, pada Selasa. - Foto Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Sebuah unit pangsapuri servis yang dijadikan rumah penampungan sementara atau ‘safe house’ untuk aktiviti penyeludupan migran terbongkar apabila Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan tujuh lelaki warga Bangladesh dalam operasi di Taman Maluri di sini pada Selasa.
Ketua Pengarah Imigresen Malaysia, Datuk Zakaria Shaaban berkata, dalam operasi tersebut, pasukan JIM telah menahan lima lelaki berusia 27 hingga 44 tahun disyaki sebagai migran yang diseludup.
"Kita turut menahan dua lelaki berusia 56 tahun dan 28 tahun, masing-masing dipercayai berperanan sebagai pengatur penjaga 'safe house' serta penghantar (transporter) bagi rangkaian sindiket," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Zakaria berkata, pemeriksaan lanjut mendapati pasport milik migran berkenaan tidak mempunyai sebarang cap pengesahan masuk yang sah ke Malaysia.
"Sebuah kenderaan jenis Perodua Myvi yang dipercayai digunakan untuk tujuan pengangkutan migran turut disita," katanya.
Beliau berkata, operasi itu turut menggunakan pendekatan pengenalpastian mangsa pemerdagangan orang dalam kalangan golongan rentan berpandukan National Guideline on Human Trafficking Indicators (NGHTI) 2.0.
"Operasi ini dijalankan hasil maklumat risikan berkaitan kegiatan penyeludupan migran melibatkan warga Bangladesh yang memasuki negara ini secara haram melalui laluan tidak sah (jalan tikus) di Kelantan.
"Hasil risikan mendapati migran diseludup mempunyai kaitan dengan 'Sindiket Iqbal' yang berjaya ditumpaskan oleh JIM baru-baru ini di Kelantan," katanya.
Menurutnya, modus operandi sindiket itu adalah melakukan aktiviti penyeludupan migran melalui laluan darat.
"Premis di Taman Maluri dikenal pasti dijadikan sebagai 'safe house' bagi migran yang baru tiba dari Pantai Timur.
"Migran berkenaan dipercayai dibawa masuk melalui laluan darat yang tidak sah di sekitar sempadan Malaysia - Thailand sebelum dihantar ke destinasi seterusnya," katanya.
Zakaria berkata, kesemua tahanan telah dibawa ke Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya untuk siasatan lanjut di bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 [Akta 670] serta Akta Imigresen 1959/63 [Akta 155].
"JIM sentiasa komited dalam usaha membanteras segala bentuk penyeludupan migran dan pemerdagangan orang.
"Tindakan undang-undang tanpa kompromi akan diambil terhadap mana-mana individu, sindiket, majikan atau pemilik premis yang menggaji, melindungi atau bersekongkol dengan pendatang asing tanpa izin (PATI), serta warga asing yang memasuki atau tinggal di negara ini tanpa kebenaran sah," tegasnya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Bangladesh
#Imigresen
#migran
#warga asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan