SUDAH menjadi kebiasaan pada hari Sabtu terakhir bulan Mac setiap tahun, Earth Hour disambut untuk membangkitkan kesedaran individu, komuniti setempat dan pihak industri ke atas perubahan iklim.
Manakan tidak, sejak diperkenalkan di Sydney pada tahun 2007, program tersebut telah menarik lebih daripada 7,000 buah bandar di sekitar 187 buah negara dan wilayah.
Mercu-mercu tanda di seluruh dunia seperti Empire State Building (New York City), Sears Tower (Chicago), Golden Gate Bridge (San Francisco), Bank of America Plaza (Atlanta) dan Sydney Opera House (Sydney Australia) turut mengambil bahagian.
Kempen yang diadakan setiap tahun itu telah meningkatkan kesedaran masyarakat dunia terhadap isu-isu alam sekitar seperti perubahan iklim dengan penglibatan sebanyak lebih 100 juta orang.
Walaupun hanya mengambil masa selama satu jam, namun ia menunjukkan lambang dan komitmen untuk menyelamatkan bumi.
Kita perlu menerima hakikat bahawa Earth Hour bukanlah satu tindakan untuk mengurangkan penggunaan tenaga dan karbon pada waktu tertentu sahaja tetapi ia lebih kepada simbolik kepada langkah yang perlu diambil kesan daripada perubahan iklim.
Sepatutnya setiap dari kita perlu lebih bertanggungjawab terhadap sumber yang digunakan dan mengambil langkah drastik untuk menukar sumber yang dapat menyelesaikan cabaran alam sekitar.
Penyertaan dalam Earth Hour melambangkan komitmen untuk berubah di luar waktu tersebut. Penjimatan tenaga yang dilakukan dalam jangka masa pendek dapat dijadikan sebagai tindakan jangka panjang dengan melakukan perubahan terhadap sikap dan pelaburan yang berterusan.
Komuniti bandar Penggaram, Batu Pahat praktikkan kelainan
Earth Hour memerlukan tindakan yang luar biasa daripada kebiasaannya.
Sekadar ‘bergelap’ selama 1 jam sahaja masih tidak mampu mengubah sikap dan menanamkan kesedaran kepada masyarakat peri pentingnya menyelamatkan bumi yang kian terancam.
Bagaimana kita ingin mengurangkan pelepasan karbon sebanyak 40 peratus menjelang 2030 sekiranya usaha sekadar ala kadar.
Oleh kerana itu, komuniti bandar Penggaram, Batu Pahat mengambil langkah drastik menerusi sambutan Earth Hour dengan mempraktikkan kelainan.
Bukan sahaja ‘bergelap’ selama 1 jam tetapi juga mengajak komuniti setempat menjayakan program ‘Carbon Free Day’.
Penglibatan masyarakat yang ramai baik yang muda atau dewasa di kawasan bandar Penggaram, Batu Pahat menunjukkan komitmen ke arah bandar berkarbon rendah menjelang 2030.
Usaha berganda dan peranan besar pihak berkuasa tempatan, Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) telah menjadikan program tersebut bukan sahaja menfokus kepada Earth Hour tetapi lebih daripada itu.
Komitmen tersebut menunjukkan bahawa komuniti bandar Penggaram, Batu Pahat tekad membawa perubahan ke arah persekitaran yang lebih baik memandangkan daerah batu Pahat merupakan daerah kedua terbesar selepas Johor Bahru.
Tidak cukup dengan itu, ‘Car-Free Days’ juga dilaksanakan sebagai usaha dan langkah pertama mengurangkan penggunaan kenderaan persendirian di kawasan tertentu pada waktu-waktu tertentu.
Program tersebut akan diperluas pada masa akan datang di sekitar bandar Penggaram, Batu Pahat berdasarkan pemerhatian dan kajian komprehensif yang sedang di lakukan oleh penyelidik Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).
Segala perlaksanaan berkaitan pengangkutan pada masa akan datang termasuklah ‘Car-Free Days’ perlu mengambil kira kemampuan pengangkutan awam sedia ada dan kawasan yang terlibat agar tidak mengganggu kegiatan harian di samping menyumbang kepada pengurangan pelepasan karbon.
Kita mengharapkan agar usaha ini berterusan dan menjadi titik tolak kepada perubahan sikap ke arah yang lebih baik disebabkan perubahan iklim yang berlaku.
Komitmen ini perlu dilipatgandakan pada masa akan datang agar ia menjadi budaya dan cara hidup komuniti setempat.
*Dr Mohd Fahmy Abdullah merupakan Ketua Projek bagi ‘Penggaram City Towards Low Carbon Cities 2030: Urban Transportation’ selama 1 tahun melalui Matching Grant di bawah tajaan Majlis Perbandaran Batu Pahat dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
*Dr. Mohd Fahmy Abdullah merupakan Penyelidik Utama, Pusat Kecemerlangan Industri Rel (ICoE-Rel), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Ts Dr Mohd Fahmy Abdullah
Wed Apr 10 2019
Antara aktiviti yang turut dijayakan oleh komuniti Batu Pahat termasuklah senamrobik, carbon night ride, pertunjukkan seni bela diri, BMX Push Bike
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Mempercepat vaksinasi melalui khidmat pengangkutan awam bergerak
Khidmat pengangkutan awam bergerak merupakan salah satu inisiatif dan langkah tepat untuk mempercepatkan pemberian vaksin.
Rakyat digalak berbelanja bagi merangsang ekonomi tempatan
Senario pandemik yang paling teruk ini sebenarnya menjejaskan aktiviti ekonomi.
Sistem pengurusan trafik pintar kaedah terbaik penyelesaian 'jalan maut' Ayer Hitam-Batu Pahat
Keadaan struktur jalan raya yang lurus, besar dan panjang sekarang adalah berbahaya kerana pemandu cenderung untuk memecut.
Sahut cabaran Earth Hour luar daripada kebiasaan
Walaupun hanya mengambil masa selama satu jam, namun ia menunjukkan lambang dan komitmen untuk menyelamatkan bumi.
Mempraktikkan Garis Panduan Bus Rapid Transit (BRT) sebenar
Syarat utama yang harus ada adalah tahap ketersediaan, keselamatan dan piawaian yang tinggi perlu dipenuhi.
Usah dipandang sepi kelebihan Bus Rapid Transit
Apabila sistem BRT dilaksanakan, maka wujud kemunculan bas-bas yang baharu.
Bandar rendah karbon: Komuniti Bandar Penggaram berjiwa besar
Kesedaran untuk mengurangkan penggunaan tenaga dan pelepasan karbon dioksida menjadi matlamat jangka panjang masyarakat setempat.
Sudahkah kita bersedia dengan High Speed Rail?
Bagi setiap pembangunan dan pelaksanaan projek bertaraf mega, segala aspek perlu diambil kira, bukan sahaja kedudukan kewangan semasa, tetapi juga kesan dan impak menyeluruh kepada ekosistem negara.