awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
Mogok seluruh negara lumpuhkan pengangkutan awam di Jerman
Pelantikan Malek Razak sebagai PAT langkah strategik pacu pembaharuan - ATM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Saifuddin rakam takziah buat keluarga Yusof Kelana dan Abu Bakar Juah

Bernama
Bernama
16/08/2020
02:35 MYT
Saifuddin rakam takziah buat keluarga Yusof Kelana dan Abu Bakar Juah
Saifuddin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Yusof Kelana (kanan) dan Abu Bakar Juah. -Bernama
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah merakamkan ucapan takziah kepada keluarga pengarah filem Yusof Kelana dan pelakon veteran Abu Bakar Juah yang meninggal dunia semalam.
"Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un. Takziah diucapkan buat keluarga insan seni Allahyarham Yusof Kelana dan pelakon veteran Abu Bakar Juah.
"Semoga roh mereka berdua dicucuri rahmat Nya dan ditempatkan di kalangan mereka yang beriman. Al-Fatihah," kata Saifuddin menerusi ciapan di Twitternya @saifuddinabd, Ahad.
Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un. Takziah diucapkan buat keluarga insan seni Allahyarham Yusof Kelana dan pelakon veteran Abu Bakar Juah. Semoga roh mereka berdua dicucuri rahmat Nya dan ditempatkan di kalangan mereka yang beriman. Al-Fatihah. https://t.co/KQcllekUMu pic.twitter.com/3CJFBhtIdB
— Saifuddin Abdullah (@saifuddinabd) August 16, 2020
Yusof Kelana, 66, atau nama sebenarnya Omar Kamarudin yang merupakan pengarah terkenal tanah air meninggal dunia akibat kanser kulit dan telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Klang Gates, Taman Melawati, semalam.
Sebelum ini, media turut melaporkan beliau berada dalam keadaan kritikal dan dirawat di Institut Kanser Negara, Putrajaya.
Filem arahan beliau antaranya adalah Juara, Tragedi Oktober, MX3 dan Pontianak Menjerit.
Sementara itu, pelakon veteran Abu Bakar, 72, yang juga bekas Pengarah Kanan Penjara Taiping dilaporkan menderita penyakit kanser hati sejak 2016, dan dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Alam Damai, Cheras pagi ini.
Antara filem dan drama lakonan beliau ialah Matinya Seorang Patriot, Senjakala dan Dukun, Ceplos dan Mr. Grey.
Beliau berkahwin dengan Rusidah Mohd Yassin sejak 1980 dan dikurniakan empat cahaya mata.
Topic Berkaitan
#Abu Bakar Juah
#Allahyarham Yusof Kelana
#Datuk Saifuddin Abdullah
#Menteri Komunikasi dan Multimedia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan