awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PDRM pergiat usaha jejak saki-baki Geng Kapten Praba
Dokumentari "Itui suli-suli Bajau!" angkat kisah komuniti Bajau Laut Sabah
Pulau Pinang akan laksana projek perintis sangkar bulat marin berteknologi HDPE
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Saifuddin tegas bedah siasat segera kenal pasti punca kematian Zara

Azyyati Ahmad
Azyyati Ahmad
01/08/2025
03:05 MYT
Saifuddin tegas bedah siasat segera kenal pasti punca kematian Zara
Saifuddin berkata beliau bimbang dengan percubaan membawa naratif yang mengaitkan kematian ini dengan isu kesihatan mental atau masalah keluarga. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Ketua Portfolio Pendidikan PN merangkap Ahli Parlimen Indera Mahkota, Datuk Seri Saifuddin Abdullah, menggesa agar siasatan terhadap kematian Zara Qairina Mahathir, 13, dijalankan secara telus dan adil, sambil menolak sebarang naratif yang boleh menjejaskan peluang keluarga mangsa mendapatkan keadilan.

Ringkasan AI
  • Datuk Seri Saifuddin Abdullah gesa siasatan telus dan adil terhadap kematian Zara Qairina, 13, sambil menolak naratif yang boleh menjejaskan peluang keluarga mendapatkan keadilan.
  • Polis Sabah sedang siasat unsur buli dan punca kematian, dengan lebih 60 saksi telah diambil keterangan; laporan akhir akan dirujuk ke Jabatan Peguam Negara.
  • Ibu mangsa mahu kubur digali semula untuk bedah siasat, kerana tiada autopsi dijalankan sebelum pengebumian; langkah ini diambil bagi menghentikan spekulasi dan mencari kebenaran.

Saifuddin berkata demikian selepas menghubungi peguam yang mewakili keluarga mangsa pada pagi Jumaat, susulan persoalan yang dibangkitkan di Dewan Rakyat pada 30 Julai lalu berhubung kes yang berlaku di SMKA Tun Datu Mustapha Limauan, Papar, Sabah.
“Persoalan sama ada bedah siasat telah dijalankan terhadap jenazah Zara Qairina masih belum jelas. Jika belum, saya menegaskan bahawa prosedur itu perlu dilaksanakan segera supaya punca sebenar kematian dapat dikenal pasti.
"Saya juga bimbang dengan percubaan membawa naratif yang mengaitkan kematian ini dengan isu kesihatan mental atau masalah keluarga sehingga menimbulkan kesimpulan bahawa ia adalah kes bunuh diri. Naratif sebegini boleh menjejaskan peluang untuk kes ini diselesaikan secara adil dan telus,” kata Saifuddin.
KES ADIK ZARA pic.twitter.com/UaXH9W4P7X
— Saifuddin Abdullah (@saifuddinabd) August 1, 2025
Sementara itu, dalam satu laporan berita tempatan, ibu mangsa, Noraidah Lamat, 45, menegaskan bahawa beliau mahu kubur anak tunggalnya digali semula untuk tujuan bedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian dan menghentikan pelbagai spekulasi yang timbul sejak dua minggu lalu.
Polis Sabah memaklumkan siasatan kini di peringkat akhir, dengan kira-kira 60 saksi telah diambil keterangan, termasuk pelajar, guru dan kakitangan sekolah.
Kes ini turut mengaitkan tiga individu yang disebut dalam siasatan, dikenali sebagai Kak Wana, Kak Dedeng dan Tomboi.
Kes tragis ini bukan sahaja mengundang simpati masyarakat, malah menimbulkan persoalan besar mengenai keselamatan pelajar di asrama, budaya buli di sekolah berasrama penuh, serta keperluan prosedur pengurusan insiden yang lebih ketat.
Topic Berkaitan
#Saifuddin Abdullah
#Zara Qairina Mahathir
#bedah siasat
#bunuh diri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan