awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Saingan KR1M 2.0, peniaga runcit berdepan tekanan turunkan harga

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
08/03/2018
07:41 MYT
Saingan KR1M 2.0, peniaga runcit berdepan tekanan turunkan harga
Hamzah mengiringi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meninjau sayur-sayuran yang terdapat di KR1M pada perasmian KR1M di Kampung Pak Ali, Temerloh, 4 Feb, 2018. --fotoBERNAMA / Fail
Rangkaian perniagaan di negara ini bakal berdepan tekanan untuk menurunkan harga barangan supaya kekal berdaya saing dengan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) 2.0.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainudin menegaskan, pengguna bukan sahaja boleh menikmati pelbagai pilihan barangan keperluan harian, malah KR1M 2.0 turut mewujudkan persaingan positif dalam sektor peruncitan.
Beliau turut mengakui sedang mengambil sedikit masa untuk menjalinkan kerjasama dengan kedai runcit bebas kerana perlu mempertimbangkan beberapa faktor, termasuk kos logistik.
"Sudah tentu, apabila ia menjadi 'loss-leader product' (barangan yang dijual di bawah harga pasaran), dengan bekalan yang mencukupi dan permintaan yang tinggi, sudah tentu persaingan dengan kedai-kedai yang lain juga akan menurunkan harga.
"Bukan sahaja secara langsung, malah secara tidak langsung juga, akan memberikan rasa yang selesa kepada rakyat secara keseluruhan apabila kita memberikan persaingan yang agak positif di kalangan mereka yang melakukan perniagaan seperti ini," katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan tambahan Idris Ahmad (PAS-Bukit Gantang) mengenai hala tuju kerajaan berhubung mekanisme KR1M 2.0 dalam memastikan harga barang keperluan dijual dengan harga lebih rendah daripada pasaran.
Selain itu, kerajaan juga akan memastikan lokasi kedai runcit bebas ini berada dalam lingkungan 15 hingga 20 kilometer daripada pasar raya dan serbaneka yang bernaung di bawah KR1M 2.0 bagi menjamin jualan bekalan keperluan harian pada harga berpatutan.
Topic Berkaitan
#barangan
#Hamzah Zainudin
#harga
#Kedai Rakyat 1Malaysia
#KR1M
#loss-leader
#pasaran
#tekanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan