Saintis muda, Hafizah Noor Isa dilaporkan bakal menerima anugerah Ikon Belia oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak esok.
Perkara ini didedahkan oleh pihak University of Glasgow di laman Facebook rasmi mereka.
Turut dimuat naik adalah satu video berdurasi 1 minit 40 saat dimana Hafizah Noor berkata beliau teruja dengan penganugerahan ini.
BACA: Pelajar Malaysia antara saintis yang berjaya buktikan teori Einstein
VIDEO: Saya akan calonkan Hafizah sebagai Ikon Belia - Khairy Jamaluddin
“Saya juga berharap boleh menjadi contoh yang baik kepada golongan belia di luar sana.
“Saya akan cuba yang terbaik,” katanya dalam video pendek itu.
Setakat ini, video itu telah menerima 31,000 views.
Hafizah Noor terpilih sebagai salah seorang 27 penyelidik yang terlibat dalam penghasilan kajian bertajuk ‘Observation of Gravitational Waves from a Binary Hole Merger’ pada awal Februari,
Dilahirkan di Kelantan, saintis muda berusia 26 tahun ini dalam satu kenyataan kepada Astro AWANI berkata kajian yang diusahakan ini membuktikan teori gelombang graviti Einstein yang dihasilkan lebih 100 tahun lalu.
Noor Hafizah berharap agar sumbangannya di dalam dunia sains dapat “memberikan inspirasi kepada lebih ramai anak muda di Malaysia untuk mencapai impian mereka.”
Syafique Shuib
Sat May 14 2016
Hafizah Noor berharap boleh menjadi contoh yang baik kepada golongan belia di luar sana.
Harumanis antara tarikan utama Agrofiesta 2024
Mangga harumanis dan produk makanan berasaskan mangga antara tarikan utama pada penganjuran Agrofiesta 2024.
NIOSH sedia beri khidmat nasihat depani cabaran perubahan iklim
NIOSH bersedia memberikan khidmat nasihat serta rundingan bagi membantu kerajaan, majikan dan pekerja menghadapi cabaran berkaitan perubahan iklim.
Malaysia negara pertama terima visa haji
Malaysia menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji 1445H/2024.
Menteri Indonesia bincang isu pekerja migran dengan rakan sejawat dari Malaysia
Fauziyah harap Steven akan membawa penambahbaikan kepada dasar berkaitan tenaga kerja Indonesia.
Pahang peruntuk RM1.5 juta bantuan tunai bakal jemaah haji
Sebanyak 1,588 jemaah haji Pahang menerima sumbangan 'duit poket' berjumlah RM750 seorang bagi membantu meringankan beban bakal haji dalam melakukan persiapan melaksanakan rukun Islam kelima itu.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi jangan mudah percaya taktik fitnah - Ramanan
Ramanan berkata pengundi perlu lebih berhati-hati, dan sentiasa menyemak fakta apabila mendengar kempen politik yang dilakukan pihak lawan.
KEDA berhasrat tanam padi wangi, padi huma tahun ini
Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) berhasrat membangunkan tanaman padi wangi dan padi huma di beberapa kawasan pertanian dalam wilayahnya, tahun ini.
Mesyuarat perundingan Enam Pihak Arab bincangkan perkembangan di Gaza
Mesyuarat perundingan Jawatankuasa Enam Pihak Arab itu membincangkan perkembangan serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza.
Chegubard didakwa di Mahkamah Sesyen KL esok - Peguam
Badrul Hisham Shaharin atau dikenali Chegubard akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok atas pertuduhan memfitnah dan menghasut.
Pulau Pinang, kerajaan pusat bekerjasama tarik pelaburan semikonduktor
Kerajaan Pulau Pinang akan bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk meneruskan usaha menarik pelaburan dalam sektor semikonduktor, termasuk segmen reka bentuk litar bersepadu (IC) di negeri itu.