awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
WEF2026: AI tiada guna kalau tidak disebar kepada semua lapisan masyarakat - Satya Nadella
Pengeluar telefon pintar kurangkan pengeluaran peranti akibat kekurangan komponen
Harga emas catat rekod tertinggi baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Saiz penjawat awam tidak akan dikecilkan- Tun Mahathir

Zaim Ibrahim
Zaim Ibrahim
14/05/2018
10:36 MYT
Saiz penjawat awam tidak akan dikecilkan- Tun Mahathir
Tun Dr Mahathir berkata, penjawat awam tidak perlu risau kerana mereka tidak akan digugurkan daripada sektor kerajaan.- Foto Bernama
Penjawat awam dalam negara boleh menarik nafas lega tentang kedudukan mereka apabila Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad mengesahkan bahawa pekerja-pekerja kerajaan tidak akan digugurkan walaupun beberapa perubahan dalam agensi kerajaan akan dilakukan.
“Kita tidak akan gugurkan penjawat awam setelah mereka bekerja.
“Kita akan cari satu cara lain untuk mereka terus bekerja, contohnya dipindahkan ke agensi-agensi yang berlainan,” kata beliau dalam satu sidang media di ibu negara.
Beliau menambah, sewaktu kerajaan mengecilkan saiz penjawat awam dahulu, jabatan-jabatan kerajaan dipindahkan ke syarikat swasa dan diambil pekerja sebagai pegawai tertentu.
Tun Dr Mahathir turut memberi contoh, sewaktu penswastaan Telekom, kakitangan Telekom dipindahkan ke syarikat swasta dan hal itu mengurangkan pekerja dalam kerajaan.
Isu tersebut timbul apabila terdapat kebimbangan oleh penjawat awam susulan pengumuman oleh beliau untuk mengecilkan saiz kabinet.
Dalam sidang media itu juga, Tun M akan melalui proses perundangan melalui Lembaga Pengampunan Diraja bagi membebaskan Datuk Sri Anwar Ibrahim.
Topic Berkaitan
#kabinet
#kerajaan
#Lembaga Pengampunan Diraja
#peluang pekerjaan
#penjara
#penjawat awam
#swasta
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan