Pembukaan pejabat Khazanah Europe Investment Ltd (KEIL) oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa, turut diserikan dengan kehadiran dua tokoh terkenal United Kingdom iaitu Setiausaha Negara UK bagi Perniagaan, Inovasi dan Kemahiran, Sajid Javid serta Datuk Bandar London yang baru dilantik Sadiq Khan.
Mereka mendapat perhatian dalam arena politik di UK dan semasa Sadiq berjaya menjadi datuk bandar London, Sajid mengucapkan tahniah kepada beliau dengan kata-kata: 'daripada seorang anak pemandu bas berdarah Pakistan kepada seorang lagi'.
Sadiq yang meluangkan masa daripada jadualnya yang padat untuk berada di pejabat tingkat 22 di The Shard untuk berucap pada acara itu, adalah petunjuk yang baik ke arah kejayaan hubungan pada masa hadapan.
Ketika ditemui pemberita mengenai pelantikannya, Sadiq, Datuk Bandar London pertama beragama Islam, berkata beliau bangga dilantik sebagai datuk bandar dan berharap dapat mengeratkan hubungan antara Malaysia dan London.
Beliau yang mengucapkan "Selamat Datang " dalam ucapannya, mengalu-alukan Khazanah ke London dan berharap untuk bekerjasama dengan dana negara itu.
"Kita berada di London, bandar paling hebat di dunia. Kami mengucapkan terima kasih di atas kesudian Perdana Menteri untuk melabur di sini, di bandar global," kata Sadiq, yang berharap dapat menjalankan perdagangan, perniagaan serta melabur dengan Malaysia.
Bagi Sajid pula, yang sebelum ini bertugas di Singapura, berkata beliau telah meluangkan banyak masa di Malaysia.
Beliau menyifatkan Malaysia sebagai sebuah negara yang semakin pesat dengan ekonomi meningkat dan Khazanah lebih daripada sekadar menjadi perantara kepada pelaburan Malaysia yang semakin berkembang di sini.
Beliau berkata banyak lagi yang dapat ditawarkan di UK berbanding London dan Jabatan Perdagangan dan Pelaburan UK bersedia memudahkan rakyat Malaysia dengan perniagaan mereka.
Beliau mengakhiri ucapannya dengan "Selamat Datang ke London" ".
Bernama
Wed May 18 2016
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak beramah mesra bersama Datuk Bandar London, Sadiq Khan (kiri) semasa hadir merasmikan Pejabat Serantau Khazanah Europe Investment Limited (KEIL) di The Shard. - Foto Bernama
BN mahu beri sumbangan dominan pada PRU16 - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) mahu menjadi parti yang dapat memberikan sumbangan besar dan dominan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, kata Pengerusinya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
AWANI Borneo [15/12/2024] - Kenalan lelaki mangsa direman | Apa impak langkah SAPP? | 11 projek sakit di Sarawak
AWANI Borneo Ahad, 15 Disember 2024 bersama Nickyson Nyambar
Wanita hilang sepuluh hari ditemui tidak bernyawa dalam kereta
Tindakan SAPP keluar pn, apa reaksi Ronald Kiandee dan Bung Moktar?
Masalah kontraktor antara punca projek sakit di Sarawak
Wanita hilang sepuluh hari ditemui tidak bernyawa dalam kereta
Tindakan SAPP keluar pn, apa reaksi Ronald Kiandee dan Bung Moktar?
Masalah kontraktor antara punca projek sakit di Sarawak
Anwar gesa pemilihan PKR segera dilakukan, junjung prinsip demokrasi
Anwar berkata barisan kepimpinan parti juga harus melibatkan gandingan baharu dan lama.
Tiada lagi penyeri keluarga, pemergian 'Amoi' amat dirasai
Bapa mangsa, Lan Endor, menyifatkan pemergian Nurul Asikin atau lebih dikenali sebagai Amoi sebagai seorang yang sentiasa ceria dan tidak pernah lupa memberitahu ibunya setiap kali ingin ke mana-mana.
11 projek sakit dikenal pasti di Sarawak di bawah RMK-10
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, keseluruhan projek pembinaan yang telah dikenal pasti melibatkan sektor pendidikan, kesihatan dan pembangunan desa.
Projek hospital pengajar UNIMAS dijadual beroperasi 2026
Status pembinaan projek hospital pengajar UNIMAS mengikut jadual ditetapkan dengan status tersebut kini mencecah kepada 52 peratus.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza.
SAPP bebas buat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan NAsional (PN).
SAPP main dua kolam - Bung Moktar
Ketua Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin ,menyifatkan tindakan sapp itu seperti sudah dijangka terutama ketika situasi politik sabah yang tidak menentu ketika ini.
Malaysia hasrat jadi tuan rumah lebih banyak acara e-sukan antarabangsa - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid menyatakan kesediaan Malaysia untuk menjadi tuan rumah bagi lebih banyak acara sukan elektronik atau e-sukan antarabangsa pada masa akan datang.
Sajid dan Sadiq mengalu-alukan Khazanah ke London
Pembukaan pejabat Khazanah Europe Investment Ltd (KEIL) oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, turut diserikan dengan kehadiran dua tokoh terkenal United Kingdom.