awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sakit jantung kronik punca kematian tahanan - Polis

Sinar Harian
Sinar Harian
16/02/2022
21:00 MYT
Sakit jantung kronik punca kematian tahanan - Polis
PDRM memaklumkan punca kematian mengejut seorang tahanan ketika menerima rawatan di Hospital Selayang adalah disebabkan sakit jantung kronik (coronary artery disease).
KUALA LUMPUR: Punca kematian mengejut seorang tahanan ketika menerima rawatan di Hospital Selayang adalah disebabkan sakit jantung kronik (coronary artery disease).
Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Azri Ahmad berkata, hasil bedah siasat ke atas lelaki berusia 39 tahun itu mendapati punca kematian adalah 'coronary artery disease'.
"Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut, Unit Siasatan Jenayah dan Kematian dalam Tahanan (USJKT) Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, Bukit Aman akan meneruskan siasatan dari pelbagai sudut sebelum menyerahkan hasil siasatan kepada koroner," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Pada Selasa, media melaporkan Bukit Aman menjalankan siasatan kematian mengejut seorang tahanan, ketika menerima rawatan di hospital berkenaan, selepas mengadu sesak nafas, petang Isnin.
Azri dalam kenyataannya sebelum ini memaklumkan lelaki itu ditangkap pada jam 4.45 petang Isnin berkaitan kes dadah.
"Dia ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan mempunyai satu rekod dikehendaki mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
"Orang kena tahan (OKT) itu kemudian dibawa ke Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak untuk tindakan lanjut," katanya.
Menurut Azri, pada jam 5.30 petang hari yang sama, OKT mengadu sesak nafas dan pihak hospital dihubungi untuk mendapatkan rawatan.
"Pada 14 Februari 2022 jam 6.30 petang, OKT disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan," katanya.
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#sakit jantung kronik
#Azri Ahmad
#JIPS
#kematian tahanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan