GURUN: "Mereka memang kerap bertengkar, tapi tak sangka anak saudara mak cik tu sanggup kelar leher ibunya sehingga mati," kata Asmah Jon, 60.
Terdahulu, Asmah menemui kakak sulungnya, Sarah, 70, sudah meninggal dunia dalam keadaan berlumuran darah di rumahnya di Kampung Jeniang, Batu 5, Jalan Gurun Jeniang, di sini, pagi Rabu.
Menurut Asmah, kali terakhir dia mendengar pertengkaran antara dua beranak itu malam tadi.
“Mak cik pergi ke rumah kak long (arwah kakak) untuk maklumkan anaknya maut dilanggar lori.
“Tetapi dia tidak menyahut lalu mak cik buka pintu dan masuk ke dalam rumah... ternampak tubuh kak long kaku berlumuran darah dan ditutup dengan kain batik dan pelikat,” katanya ketika ditemui Astro AWANI di tempat kejadian, hari ini.
BACA: Lelaki maut dilanggar lori selepas kelar leher ibu
Katanya, dia kemudian meminta anaknya menghubungi polis.
Sementara itu, menurut anak kedua mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Ina, tindakan adiknya itu tidak pernah dijangka.
Katanya, adiknya sering meminta wang daripada ibu mereka untuk membeli dadah.
“Sebelum ini kalau mak marah adik akan melawan dan kemudian terus naik motosikal keluar dari rumah... dan beberapa jam selepas itu dia balik semula ke rumah.
“Adik sudah dua kali keluar pusat pemulihan akibat ketagihan dadah," katanya.
Dia dimaklumkan kejadian menimpa ibu dan adiknya pada jam 7.30 pagi oleh ibu saudara yang tinggal di hadapan rumah ibunya.
Astro AWANI sebelum ini melaporkan, seorang anak tergamak mengelar leher ibunya selepas berlaku pertengkaran antara mereka, pada pagi Rabu.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Muda, ACP Adzli Abu Shah, kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 6 hingga 7 pagi di mana suspek turut memotong cuping telinga mangsa sebelum bertindak melarikan diri.
“Selepas melakukan perbuatan itu, suspek keluar rumah dengan menaiki motosikal sejauh lebih dua kilometer sebelum bertindak memberhentikan motosikalnya dan meninggalkannya di bahu jalan.
"Suspek kemudian bertindak nekad meluru ke tengah jalan dan maut dilanggar lori,” katanya.
Adie Sufian Zulkefli
Wed Nov 10 2021
Asmah menemui kakak sulungnya sudah meninggal dunia dalam keadaan berlumuran darah di rumahnya di Kampung Jeniang, Batu 5, Jalan Gurun Jeniang, di sini, pagi Rabu. - Gambar/ Astro AWANI
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Kesan kenaikan cukai import minyak sawit oleh India bersifat sementara - KPK
Kenaikan itu sebahagian daripada usaha India melindungi harga minyak tempatan dan menyokong industri pertanian domestiknya.
Ketiadaan akauntabiliti antarabangsa bolehkan Israel lakukan jenayah terhadap rakyat Palestin - PM Mustafa
Beliau berkata demikian semasa pertemuan dengan Wakil Khas Kesatuan Eropah untuk Proses Keamanan Asia Barat Sven Koopmans pada Rabu.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Saksi dengar pertengkaran sebelum temui mayat ibu dikelar anak sendiri
Asmah menemui kakak sulungnya, Sarah, 70, sudah meninggal dunia dalam keadaan berlumuran darah di rumahnya di Kampung Jeniang, Batu 5, Jalan Gurun Jeniang, di sini, pagi Rabu.