Pihak polis meminta saksi yang melihat dakwaan pergaduhan yang melibatkan seorang Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) dengan seorang individu pada 15 Mei lepas di sini agar tampil memberi
keterangan.
Timbalan Ketua Polis Kedah, Datuk Abd Jalil Hassan berkata siasatan kes berkenaan masih dijalankan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan sehingga kini pihaknya telah mengambil keterangan daripada kedua-dua belah pihak bagi melengkapkan kertas siasatan.
"Keterangan daripada doktor yang merawat mangsa yang terlibat juga akan diambil dan sekarang kita minta saksi yang ada ditempat kejadian terutamanya dua orang awam yang menaiki motosikal yang dilihat di dalam video yang cuba meleraikan pergaduhan tersebut.
"Perakam video kejadian juga diminta untuk tampil memberi keterangan di balai polis berdekatan.
"Polis akan menjalankan siasatan dengan telus dan seadil-adilnya bagi mengetahui siapa yang bersalah dalam perkara ini," katanya kepada pemberita pada majlis tamat latihan konstabel sukarelawan simpanan PDRM di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah hari ini.
Dalam kejadian itu, seorang pengadu yang dikenali sebagai Alif Adam Mohd Munaim mendakwa telah dipukul oleh tiga individu termasuk seorang ADUN di hadapan sebuah kompleks beli-belah.
Bernama
Mon May 30 2016
Perakam video kejadian juga diminta untuk tampil memberi keterangan di balai polis berdekatan.
Polis geledah pejabat pemimpin Parlimen Eropah di Brussels
Pihak berkuasa Jerman melakukan penggeledahan di pejabat seorang ahli Parlimen Eropah di Brussels pada Selasa.
Cermin kereta Safiq Rahim pecah diketuk dengan tukul besi
Bekas pemain kebangsaan, Safiq Rahim, turut ditimpa malang apabila cermin kereta dipecahkan menggunakan tukul besi berdekatan pusat latihan Johor Darul Ta'zim (JDT).
Balu Navalny gesa rakyat Rusia tidak putus asa
Balu kepada pemimpin pembangkang Rusia Alexei Navalny, Yulia Navalnaya menggesa rakyat negara itu supaya tidak berputus asa memerangi rejim selepas pelantikan Vladimir Putin.
Perhimpunan Agung PBB mengundi Jumaat ini
Ia secara berkesan akan bertindak sebagai tinjauan global mengenai berapa banyak sokongan rakyat Palestin terhadap bidaan mereka, yang telah diveto dalam Majlis Keselamatan PBB bulan lalu oleh Amerika Syarikat.
Serangan di Rafah satu kesilapan, malapetaka kemanusiaan - PBB
Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres pada Selasa memberi amaran kepada Israel bahawa serangan ke atas Rafah akan menjadi kesilapan strategik, bencana politik dan kemanusian.
Kehadiran Agong ke Parlimen kukuhkan lagi hubungan dua hala
Di bawah pemerintahan Yang Di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim selaku Sultan Negeri Johor, hubungan negeri itu dengan Singapura semakin kukuh.
Ia dapat dilihat dari segi ekonomi dan hubungan antara rakyat.
Ia dapat dilihat dari segi ekonomi dan hubungan antara rakyat.
Vladimir Putin angkat sumpah sebagai Presiden bagi penggal kelima
Majlis angkat sumpah itu diadakan di Kremlin dengan diboikot Amerika Syarikat dan beberapa negara barat lain susulan perang antara Rusia-Ukraine.
Cuaca panas undang stres kalangan jemaah wanita
Dalam keadaan cuaca panas melampau dan untuk tempoh yang lama, ia boleh mengundang kepada stres atau tekanan sehingga berupaya menjejaskan kesihatan mental jemaah wanita yang menerima tawaran sebagai tetamu Allah di musim haji.
Mesyuarat JKKTN setuju perkukuh kawal selia BBP
Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Tatakelola Nasional (JKKTN) yang bersidang hari ini bersetuju dengan cadangan memperkukuh kawal selia Badan Berkanun Persekutuan (BBP) melalui penggubalan akta.
Usaha bersepadu penting untuk mengekang jenayah
Usaha bersepadu di kalangan agensi-agensi dari pelbagai bidang adalah penting untuk mengekalkan kerangka keselamatan global, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Beliau menyatakan bahawa akses internet dan kemajuan teknologi telah membawa ancaman baru dan mengubah landskap keselamatan, oleh itu perlunya pendekatan yang bersatu padu untuk menangani mereka.
Beliau menyatakan bahawa akses internet dan kemajuan teknologi telah membawa ancaman baru dan mengubah landskap keselamatan, oleh itu perlunya pendekatan yang bersatu padu untuk menangani mereka.
Saksi kes gaduh libatkan ADUN diminta tampil beri keterangan
Siasatan kes berkenaan masih dijalankan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan keterangan daripada kedua-dua belah pihak sudah diambil.