Saksi terawal ceritakan detik cemas kemalangan DUKE

Astro Awani
Mei 2, 2015 13:38 MYT
Muhd Zaki Abdullah merupakan antara saksi terawal kejadian kemalangan lebuh raya DUKE awal pagi tadi.
Muhd Zaki Abdullah merupakan antara saksi terawal kejadian kemalangan lebuh raya DUKE awal pagi tadi yang meragut tiga nyawa, pasangan suami isteri dan anak mereka berusia tujuh bulan.
Dia yang sedang memandu dari Setiawangsa menghala ke susur keluar Gombak berkata melihat beberapa kereta jenis Perodua Myvi yang berlumba dalam keadaan laju.
“Ketika itu saya di lorong tengah. Selang 10 saat saya nampak Pajero yang dipandu oleh mangsa berpusing dan mangsa tercampak keluar.
“Sebuah Myvi dari lorong kanan melanggar Pajero itu di lorong tengah. Apabila Pajero cuba mengelak, ada sebuah lagi Myvi dari lorong kiri juga melanggar Pajero itu dan berpusing,” katanya kepada Astro AWANI.
Saksikan temubual penuh:
BACA: Kemalangan Duke: Netizen luah rasa berang
BACA: Enam pemandu berlumba atas DUKE, 3 maut termasuk bayi
Salinan laporan polis yang dibuat oleh Muhammad Zaki, saksi terawal kejadian kemalangan di Lebuhraya DUKE.
#DUKE #kemalangan #Myvi #Pajero