KUALA LUMPUR: Seorang saksi utama pendakwaan mengakui bahawa beliau tidak pernah memberitahu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 2018 bahawa rasuah RM2 juta ditujukan untuk bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
Pengarah Consortium Zenith Construction Sdn Bhd (CZCSB) Zarul Ahmad Mohd Zulkifli memberi keterangan demikian sewaktu prosiding mencabar kredibilitinya sebagai saksi dalam perbicaraan kes rasuah terowong dasar laut Pulau Pinang terhadap Guan Eng yang bernilai RM6.3 bilion.
Zarul berkata SPRM merekodkan kenyataannya pada Januari dan September tahun itu untuk membantu siasatan terhadap seorang ahli perniagaan, G Gnanaraja.
Dia turut memaklumkan Hakim Azura Alwi di Mahkamah Seksyen bahawa dia telah membuat laporan terhadap Gnanaraja kerana didakwa menipunya sebanyak RM19 juta.
Menurut Zarul lagi, dia telah membayar Gnanaraja sebanyak RM19 juta dengan menganggap ahli perniagaan itu akan membantunya untuk "menutup" siasatan pengubahan wang haram.
Dia juga mendakwa wang itu dibayar supaya dia boleh mendekati bekas Perdana Menteri Najib Razak melalui Gnanaraja.
Peguam Lim Haijan Omar kemudian bertanya kepada Zarul sama ada sejumlah RM2 juta, yang didakwa diberikan kepada Guan Eng adalah sebahagian daripada RM19 juta yang dibayar kepada Gnanaraja.
Zarul mengiyakan persoalan tersebut, namun tidak menyebut nama Guan Eng dan dakwaan RM2 juta kepada SPRM.
Bagaimanapun, Zarul bertegas bahawa dia harus diberi hak untuk memberikan jawapan penuh, memberitahu Haijan bahawa soalannya mengelirukan.
Hakim kemudian memberitahu Zarul dia hanya perlu bersetuju atau tidak bersetuju dengan apa yang dicadangkan oleh Haijan, dan dia boleh memberikan penjelasan lanjut apabila pihak pendakwaan menjalankan pemeriksaan semula mereka.
Prosiding pendakwaan di hadapan hakim Azura Alwi kemudiannya disambung pada Rabu (6 Mac).
Guang Eng sedang dibicarakan atas empat pertuduhan rasuah membabitkan rancangan pembinaan terowong dasar laut Pulau Pinang dan projek jalan yang menghubungkan pulau ke tanah besar.
Bagi pertuduhan pertama, beliau didakwa menyalahgunakan kuasanya sebagai ketua menteri Pulau Pinang ketika itu untuk memperoleh RM3.3 juta suapan kewangan sebagai dorongan untuk melantik syarikat Zarul melaksanakan projek bernilai RM6,341,383,702.
Guan Eng juga didakwa melakukan kesalahan itu antara Januari 2011 dan Ogos 2017 di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang.
Bagi pertuduhan kedua, beliau didakwa meminta Zarul 10 peratus keuntungan sebagai ganjaran membantu syarikatnya mendapatkan projek tersebut.
Beliau juga dikatakan melakukan kesalahan itu di Hotel The Gardens, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City, di Kuala Lumpur, antara 12.30 pagi dan 2 pagi pada Mac 2011.
Selain itu Guan Eng juga menghadapi dua pertuduhan tidak jujur melupuskan dua bidang tanah milik kerajaan Pulau Pinang di Bandar Tanjong Pinang bernilai RM208 juta kepada pemaju projek terowong itu, yang didakwa berlaku di Pejabat Tanah dan Galian Negeri di Komtar pada 17 Feb, 2015, dan 22 Mac 2017.
Astro Awani
Mon Mar 04 2024
Zarul (kiri) mengakui bahawa beliau tidak pernah memberitahu SPRM pada 2018 bahawa rasuah RM2 juta ditujukan untuk bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng. - Gambar fail
PM Anwar teguh perjuangkan kebebasan kehakiman walau hadapi ujian peribadi, kata Setiausaha Politik
Perdana Menteri sentiasa teguh dalam memperjuangkan kebebasan badan kehakiman, walaupun pernah menjadi mangsa kepada sistem kehakiman yang dipengaruhi oleh agenda politik.
Dua panda baharu dari China tampil di Zoo Negara Washington
Dua ekor panda dari China membuat penampilan sulung kepada umum di Zoo Negara Washington, DC pada Jumaat.
KDN perkukuh kawalan sempadan Malaysia-Thailand, tangani jenayah rentas negara
Kementerian Dalam Negeri (KDN) memperkukuh kawalan keselamatan di sepanjang sempadan Malaysia-Thailand di Kelantan bagi menangani isu penyeludupan dan jenayah rentas sempadan.
[TERKINI] Pertukaran petugas kaunter berfasa, elak urusan rakyat terjejas
Pertukaran petugas kaunter yang berkhidmat melebihi lima tahun perlu dilaksanakan secara berfasa bagi memastikan ketetapan baharu itu tidak merencatkan urusan perkhidmatan kerajaan.
AWANI Ringkas: Nahas lori 10 tan dan perodua Alza
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Hannah gesa persatuan sukan kurangkan amalan politik
Menteri Belia dan Sukan mahu setiap pemilihan yang dibuat pada mesyuarat agung tahunan (AGM) persatuan sukan dilaksanakan secara sihat.
JPA dalam proses tambah baik MyPPSM, tingkat pengurusan kewangan peribadi pegawai awam - KPPA
Jabatan Perkhidmatan Awam dalam proses menambah baik Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia untuk memasukkan modul pengurusan kewangan peribadi.
Moody's kekalkan penarafan kredit berdaulat Malaysia pada 'A3', tinjauan stabil
Pengesahan itu mencerminkan usaha berterusan kerajaan dalam memacu pertumbuhan ekonomi, serta kekal pada landasan pembaharuan fiskal.
Kekejaman zionis: Ratusan penduduk di Jenin dipaksa berpindah
Ratusan penduduk di bandar Jenin, kira-kira 120 kilometer di utara Gaza, dipaksa meninggalkan kediaman mereka susulan operasi ketenteraan besar-besaran Israel di Tebing Barat yang memasuki hari ketiga pada Khamis.
AS sertai semula Deklarasi Geneva anti-pengguguran
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Marco Rubio, mengumumkan bahawa negara itu akan menyertai semula perjanjian antarabangsa yang dikritik kerana menyekat akses pengguguran kepada jutaan wanita dan gadis di seluruh dunia.
Rubio menyatakan bahawa Amerika Syarikat telah memaklumkan kepada para penandatangan Geneva Consensus Declaration (GCD) mengenai keputusan untuk menyertai semula perjanjian tersebut dengan serta-merta.
Rubio menyatakan bahawa Amerika Syarikat telah memaklumkan kepada para penandatangan Geneva Consensus Declaration (GCD) mengenai keputusan untuk menyertai semula perjanjian tersebut dengan serta-merta.
Saman fitnah: Muhyiddin bayar ganti rugi RM1.4 juta kepada Lim Guan Eng
Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mendepositkan RM1.4 juta sebagai jumlah penghakiman ganti rugi saman fitnah yang perlu dibayar kepada Pengerusi DAP Lim Guan Eng.
'Soal Guan Eng dan Zahid hanya isu kecil, kita redakan' - Anwar
Konflik berbangkit antara Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Pengerusi DAP, Lim Guan Eng hanya isu kecil.
'Zaman Guan Eng dah berlalu, jangan 'menyiku' sahabat' - Ahmad Zahid
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menasihatkan Lim Guan Eng untuk tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh menyinggung perasaan parti komponen Kerajaan Perpaduan.
Saman fitnah terhadap Muhyiddin: Guan Eng fail rayuan, mahu faedah lima peratus
Lim tidak berpuas hati apabila tiada perintah mengenai kadar faedah lima peratus setahun ke atas jumlah pampasan dalam keputusan Hakim Roz Mawar Rozain.
Muhyiddin dapat penangguhan bersyarat, perlu bayar RM400,000 sebelum 31 Dis
Mahkamah Tinggi mengarahkan Muhyiddin membayar sebahagian jumlah penghakiman, iaitu RM400,000 kepada Lim sebelum 31 Dis ini.
Muhyiddin kaya, tiada justifikasi tangguh bayar RM1.402 juta - Guan Eng
Guan Eng memfailkan bantahan di Mahkamah Tinggi berhubung permohonan Muhyiddin untuk menangguhkan bayaran RM1.402 juta kerana memfitnah.
Mahkamah tolak rayuan Guan Eng terhadap keputusan Mahkamah Tinggi ketepi samannya
Bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng gagal dalam rayuannya berhubung saman fitnahnya terhadap naib presiden MCA Datuk Tan Teik Cheng dan akhbar The Star.
Kes terowong dasar laut: Saksi utama demam, bicara kes Lim Guan Eng tangguh
Perbicaraan kes rasuah terowong dasar laut membabitkan Lim Guan Eng ditangguhkan berikutan saksi utama pendakwaan cuti sakit kerana demam.
Kes terowong: Hakim tegur peguam Lim Guan Eng tanya soalan sama berulang kali
Hakim yang mendengar perbicaraan kes rasuah terowong dasar laut membabitkan Lim Guan Eng menegur pihak pembelaan agar tidak mengemukakan soalan sama berulang kali.
Fitnah: Muhyiddin diperintah bayar Guan Eng RM1.35 juta
Pesuruhjaya Kehakiman membenarkan saman Lim terhadap Muhyiddin setelah mendapati bekas menteri kewangan itu berjaya membuktikan kesnya.