awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM UK arah siasatan segera skandal bekas duta dengan Epstein
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
Nilai gabungan SpaceX, xAI milik Elon Musk bakal cecah AS$1.25 trilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Saksikan Dialog Tiga Penjuru: Selamatkan Poket Rakyat di Astro AWANI 8.30 malam ini

Israr Khalid
Israr Khalid
24/06/2021
11:42 MYT
Saksikan Dialog Tiga Penjuru: Selamatkan Poket Rakyat di Astro AWANI 8.30 malam ini
Apakah pelannya untuk memberi nafas baharu dalam ekonomi rakyat marhaen? - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Baru-baru ini dilaporkan bahawa lebih daripada 600,000 isi rumah golongan berpendapatan pertengahan (M40) telah jatuh ke kumpulan berpendapatan rendah (B40) gara-gara pandemik COVID19.
Ramai dipotong gaji, bergelut untuk terus bernafas malah ada juga hilang punca pendapatan, terseksa untuk memastikan ada makanan di atas meja untuk keluarga setiap hari.
Inilah realiti ketika ini, dimana rakyat kebanyakan tersepit untuk bergerak mencari sumber hidup baharu dalam keterbatasan ruang pada ketika COVID-19 masih belum menunjukkan tanda-tanda mengalah dalam masa terdekat.
Pada masa sama, kita masih juga sedang giat berusaha untuk mencapai imuniti kelompok yang dilihat sebagai satu-satunya jalan keluar daripada permasalahan ini. Namun, tiada apa yang pasti dalam dunia hari ini yang penuh tidak ketidaktentuan.
Dalam kita menongkah ombak dahsyat yang entah bila akan mereda ini, apakah solusinya yang patut dan boleh, dan sedang dilaksanakan barisan kepimpinan negara supaya sebolehnya tiada lagi rakyat yang tergelincir dan gugur dalam peperangan ini?
Dialog Tiga Penjuru: Selamatkan Poket Rakyat bersama Datuk Seri Mustapa Mohamed, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi); Prof. Madya Dr. Mohd Yusof Saari, Ketua Ekonomi Pusat Kajian Pasaran Buruh Masa Hadapan PERKESO; dan Dr Ong Kian Ming, Ahli Parlimen Bangi.
Malam ini jam 8.30, hanya di Saluran 501 dan astroawani.com.
Topic Berkaitan
#Dialog Tiga Penjuru
#Mustapa Mohamed
#yusof saari
#Ong Kian Ming
#COVID-19
#pandemik
#imuniti kelompok
#Astro Awani
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan