SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin, menolak permohonan Tun Dr Mahathir Mohamad yang meminta supaya Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan dokumen, dalam kes saman fitnah bekas Perdana Menteri itu.
Peguam, Muhammad Rafique Rashid Ali yang mewakili bekas Ahli Parlimen Langkawi berkata, Pesuruhjaya Kehakiman, Zaharah Hussain menolak permohonan berkenaan dengan kos sebanyak RM2,000.
Muhammad Rafique berkata, mahkamah menyatakan alasan penolakan itu adalah berdasarkan isu dalam pembelaan terpinda, Anwar selaku defendan, mengenai suatu acara atau peristiwa yang berlaku pada masa yang lalu tetapi tanpa dinyatakan sesuatu dokumen.
Bagaimanapun beliau berkata, mahkamah mengambil kira sekiranya terdapat dokumen berkenaan, ia akan menjadi pembelaan (Anwar) dan perlu dikemukakan ketika pengurusan kes di peringkat praperbicaraan.
“Beban masih pada defendan untuk kemukakannya (dokumen),” kata Muhammad Rafique ketika dihubungi pemberita.
Dalam prosiding berkenaan, peguam, Aliff Benjamin Suhaimi hadir bagi pihak Anwar.Mahkamah kemudiannya menetapkan 3 November depan untuk pengurusan kes, bagi kedua-dua pihak memberi makluman mengenai permohonan interlokutori lain.
Dalam dokumen yang difailkan pada 3 Mei lalu, Mahathir memfailkan saman fitnah terhadap Anwar dengan menuntut ganti rugi RM150 juta berhubung ucapan Perdana Menteri ke-10 itu di Kongres Nasional Khas Malaysia Madani: 'Perlaksanaan Sebuah Idealisme' pada 18 Mac lalu.
Mahathir sebagai plaintif memfailkan saman itu menerusi Tetuan Law Practice of Rafique di Mahkamah Tinggi dengan menamakan Anwar selaku defendan tunggal.
Dalam pernyataan tuntutan, Mahathir mendakwa Anwar telah mengeluar beberapa kenyataan yang berbaur fitnah bertujuan untuk menjatuhkan reputasinya.
Menurut Mahathir, antaranya termasuk kenyataan kononnya plaintif ‘membolot’ harta untuk anak-anak dan keluarganya selain memberikan layanan khas atau mengutamakan individu-individu yang berpangkat tinggi.
Sedangkan katanya, kenyataan-kenyataan berkenaan adalah tidak benar dan menjatuhkan imejnya sebagai seorang negarawan dan bekas Perdana Menteri.
Dalam pada itu, Anwar yang merupakan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam penyataan pembelaan, 14 Jun lalu mendakwa, saman oleh Mahathir adalah bagi melemahkan kredibilitinya selaku Perdana Menteri, selain mewujudkan perpecahan kaum menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) ini.
Anwar berkata, berdasarkan Sijil Perakuan Segera yang difailkan plaintif, ia menyatakan tindakan saman mesti dilupuskan dengan segera, kerana enam negeri akan membubarkan sidang DUN bagi memberi laluan kepada PRN.
Enam negeri itu ialah Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu dan Kedah.
Selain itu, beliau turut membangkitkan isu pemberian kontrak secara langsung kepada Opcom Sdn Bhd yang mana anak ketiga Dr Mahathir iaitu Datuk Seri Mukhriz adalah pengarah syarikat tersebut pada 30 Mac 1994 hingga 14 Oktober 2009.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Oct 02 2023

Dalam pernyataan tuntutan, Mahathir mendakwa Anwar telah mengeluar beberapa kenyataan yang berbaur fitnah bertujuan untuk menjatuhkan reputasinya. - Gambar fail

Ahli Parlimen beri reaksi bercampur terhadap Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok
Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang memberikan reaksi bercampur terhadap Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023.

Kerjasama rapat antara agensi elak pertindihan usaha noktah kemiskinan - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerjasama lebih 'rapat' antara pelbagai agensi dapat mengelakkan pertindihan dalam usaha kerajaan menoktahkan kemiskinan tegar.
Acacia residensi warga emas bertaraf premium
Pacific Senior Living Sdn Bhd tampil memperkenalkan residensi komuniti warga emas bertaraf premium dikenali sebagai Acacia yang beroperasi di Klang.
10 Berita Pilihan - (29 November 2023)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Khamis - 30 November 2023
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Runtuhan gudang: Titijaya akan jalankan siasatan menyeluruh
Titijaya Land Berhad (Titijaya) akan menjalankan siasatan menyeluruh berhubung insiden itu selepas operasi mencari dan menyelamat selesai.

Sabah alu-alukan keputusan UK tukar nasihat perjalanan ke negeri itu
Kerajaan Sabah mengalu-alukan keputusan United Kingdom (UK) menukar nasihat perjalanannya bagi warga British yang melancong ke negeri itu, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

COP28: Agong, Raja Permaisuri adakan lawatan khas ke UAE
Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah berkenan mengadakan lawatan khas ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) mulai hari ini hingga 4 Dis depan.

Risiko pembesaran prostat lebih tinggi bagi individu 50 tahun ke atas - Pakar
Individu berusia 50 tahun keatas berisiko lebih tinggi menghidapi penyakit pembesaran prostat berbanding golongan lebih muda.
AWANI Ringkas: Operasi SAR runtuhan gudang tamat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Masih belum terlambat BN keluar dari Kerajaan Perpaduan - Syed Muhammad Imran
BN dan UMNO masih belum terlambat jika mahu 'kembali' menjadi pembangkang bersama PN berbanding menjadi boneka di dalam Kerajaan Perpaduan.

PM Anwar mahu syarikat telco komited bantu TVET, PEDi
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, antara perkara perlu diberi tumpuan adalah meningkatkan lagi kepakaran dalam bidang digital, yang menurut beliau masih kurang di Malaysia.

Permohonan Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik dibuka Disember - Anwar
Permohonan program Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik akan dibuka kepada rakyat pada Disember ini.

Elaun pengurus, penolong pengurus PEDi dinaikkan RM500
Elaun bagi pengurus dan penolong pengurus Pusat Ekonomi Digital Negara (PEDi) dinaikkan RM500.

Penurunan duti hiburan bukan untuk galak maksiat - Anwar
Anwar menambah kerajaan turut memperuntukkan RM160 juta untuk melaksanakan pelbagai inisiatif untuk manfaat penggiat seni dalam Belanjawan 2024.

Tidak adil banding peruntukan Sabah, Sarawak dengan Semenanjung - Anwar
Anwar berkata kadar Pemberian Khas kepada Sarawak dan Sabah turut ditingkat di bawah Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan.

Pendaftaran, tuntutan kredit eMADANI RM100 bermula Isnin ini - PM Anwar
Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata ia akan memanfaatkan 10 juta rakyat dewasa yang layak melibatkan peruntukan RM1 bilion.

Malaysia raih komitmen pelaburan RM347 bilion sepanjang misi perdagangan - PM Anwar
Beliau berkata pelaburan tersebut diraih di China, Singapura, Jepun, Korea Selatan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Amerika Syarikat.

Pengecualian visa: Aspek keselamatan negara tidak diabaikan - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa aspek keselamatan negara tidak akan diabaikan susulan pengumuman kerajaan mengenai pengecualian visa kepada beberapa negara.

Islam dan Konfusianisme: Malaysia mesti jadi contoh pembentukan era etika global - PM Anwar
Islam dan konfusianisme masing-masing menekankan usaha mencari kedamaian dalaman dan luaran.