PUTRAJAYA: Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos diperintahkan supaya mendepositkan RM300,000 ke dalam akaun peguam bekas Menteri Industri Utama Teresa Kok Suh Sim dalam tempoh 21 hari mulai hari ini, sementara selesai rayuan di Mahkamah Rayuan.
Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan, diketuai Datuk Yaacob Md Sam membuat perintah itu selepas membenarkan permohonan Jamal untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung ganti rugi RM300,000 kepada Kok.
"Setelah mempertimbangkan penghujahan, kami mendapati ada merit permohonan ini dibenarkan, tetapi dengan syarat jumlah penghakiman RM300,000 didepositkan ke dalam akaun peguam Kok dan dipegang sebagai pemegang amanah, sementara menunggu penyelesaian rayuan di Mahkamah Rayuan," kata Yaacob yang bersidang bersama Datuk M. Gunalan dan Datuk Azimah Omar.
Kok dianugerahkan ganti rugi sebanyak RM300,000 oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selepas berjaya dalam saman fitnah terhadap Jamal berhubung dakwaan penyalahgunaan dana Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas). Jamal kemudiannya merayu atas keputusan itu.
Semasa Yaacob menyoal sama ada mahkamah boleh memerintahkan wang tersebut dibayar dalam tempoh 14 hari mulai hari ini, peguam Rejinder Singh yang mewakili Jamal, memohon tempoh sebulan kerana anak guamnya akan mencari dana.
Bagaimanapun, Azimah mencelah dengan mengatakan bahawa terdapat pengesahan dalam afidavit Jamal bahawa dia mempunyai wang itu.
Yaacob kemudiannya memerintahkan supaya wang itu dibayar dalam tempoh 21 hari sementara menunggu rayuan di Mahkamah Rayuan.
Terdahulu, Rejinder memohon penangguhan kerana jumlah penghakiman fitnah, ditambah dengan kos, adalah jumlah yang besar dan rayuan utama mungkin menjadi tidak berguna jika penangguhan itu tidak diberikan.
Beliau berkata Jamal adalah ahli politik dan status muflis akan menjejaskannya untuk bertanding pada pilihan raya negeri akan datang.
Bagaimanapun, peguam Datuk S.N. Nair yang mewakili Kok berhujah bahawa Jamal sudah mempunyai wang yang mencukupi melalui pendanaan awam dan dia sepatutnya membayar kepada Kok.
Pada 26 Julai tahun lepas, Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Arief Emran Arifin dalam penghakimannya turut memerintahkan Jamal membayar kos RM50,000 kepada Kok.
Kok memfailkan saman tersebut pada 6 April 2017, mendakwa Jamal telah mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah terhadapnya berkaitan dana Yawas ketika mengadakan sidang media pada 8 Mac 2017.
Dalam penyataan tuntutan, Kok mendakwa kenyataan berkenaan telah disiarkan oleh media cetak dan elektronik termasuk dalam laman sosial Facebook milik Jamal.
Beliau mendakwa kenyataan fitnah itu antara lain memberikan gambaran bahawa beliau telah menyalahgunakan dana kerajaan negeri untuk kegunaan sendiri dan seorang yang tidak beretika.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 29 2023
Peguam Datuk S.N. Nair yang mewakili Kok berhujah bahawa Jamal sudah mempunyai wang yang mencukupi melalui pendanaan awam dan dia sepatutnya membayar kepada Kok. - Gambar fail/ Bernama
Bajet MAIWP 2025: Anggaran pendapatan naik kepada RM1.67 bilion, pembangunan ummah teras utama - Na'im
Anggaran pendapatan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) pada 2025 meningkat 12 peratus kepada RM1.67 bilion dengan kutipan zakat disasarkan mencapai RM1.2 bilion.
Batu Puteh: Kerajaan cadang nyah sulit laporan akhir Pasukan Petugas Khas - Fahmi
Peguam Negara dicadang mempertimbang untuk menyahsulitkan laporan akhir Pasukan Petugas Khas Semakan Undang-undang Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan.
Pengerusi Petronas Chemicals Group Datuk Abdul Rahim Hashim akan letak jawatan
Pengerusi Petronas Chemicals Group Bhd Datuk Ir Abdul Rahim Hashim akan meletakkan jawatannya berkuat kuasa 1 Jan, 2025.
Kekayaan Musk dianggarkan melebihi AS$400 bilion
Kekayaan Musk sebahagian besarnya terdiri daripada saham syarikat pengeluar kereta elektrik Tesla dan syarikat aeroangkasa SpaceX.
Yusoff Rawther akan kemuka representasi gugur pertuduhan
Muhammed Yusoff Rawther akan mengemukakan representasi untuk mengugurkan pertuduhan mengedar dadah dan memiliki dua pistol tiruan yang dihadapinya.
Banjir: Anggaran kerugian sektor agromakanan lebih RM177 juta - Mohamad
Berdasarkan laporan awal kerosakan mengikut negeri, Kedah mencatatkan angka kerugian tertinggi iaitu lebih RM97 juta, diikuti Kelantan (lebih RM33 juta) dan Terengganu (lebih RM13 juta).
Insiden jenazah bayi dibeku tidak patut berlaku, tiada pihak minta bantuan MAIS
Insiden jenazah bayi didakwa disimpan di dalam peti sejuk lebih dua minggu di sebuah hospital swasta di Klang disebabkan bapa tidak mampu melunaskan bil tidak sepatutnya berlaku.
[TERKINI] Pelajar Malaysia di Syria selamat dan kuliah bermula esok
Ini perkembangan di Syria, daripada Konsul Kehormat Malaysia di Damascus, Syria.
53 pelajar Malaysia di Syria dalam keadaan selamat dan mula menjalani kuliah semula bermula esok.
53 pelajar Malaysia di Syria dalam keadaan selamat dan mula menjalani kuliah semula bermula esok.
Polis kesan wanita dakwa akan langsung perkahwinan bersama Tengku Hassanal
Polis telah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Tular: Musa Aman bakal TYT Sabah yang baharu?
Musa, 73, merupakan Ketua Menteri Sabah paling lama bermula pada 2003 hingga 2018.
Pekebun rugi RM120,000 terperdaya pelaburan tidak wujud
Lelaki berusia 51 tahun itu tertarik dengan pelaburan yang diiklankan di laman Facebook, yang menjanjikan keuntungan sebanyak 80 peratus kepada peserta, manakala bakinya menjadi milik syarikat.
Rakyat Pahang dinasihat berwaspada dan patuh arahan pihak berkuasa
Rakyat Pahang khususnya yang menetap di kawasan berisiko banjir diminta lebih berwaspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa termasuk bersedia untuk berpindah ke PPS yang ditetapkan.
Platform media sosial perlu tegas patuh garis panduan had umur - Fahmi
Kerajaan akan terus memberikan penegasan kepada penyedia-penyedia platform media sosial, untuk melakukan tindakan berdasarkan garis panduan had umur yang ditetapkan.
KPT gerakkan 558 sukarelawan MASKUM ke Kelantan bagi misi bantuan pascabanjir
Sebanyak 558 ahli Majlis Kesukarelawanan Universiti Malaysia (MASKUM) ditempatkan di Kelantan selama tiga hari hingga esok bagi membantu penduduk terjejas banjir.
MCMC tangani 2,444 laman sesawang, kandungan unsur pelacuran sejak Januari 2022 - Fahmi
MCMC dengan kerjasama penyedia platform seperti Meta, Telegram dan TikTok telah menangani 2,444 laman sesawang dan kandungan berunsur pelacuran sejak Januari 2022.
Agong, Raja Permaisuri berangkat ke majlis bacaan Yasin dan tahlil Almarhum Tunku Jalil
Agong dan Raja Permaisuri hari ini berkenan berangkat ke majlis bacaan Yasin dan tahlil sempena ulang tahun kemangkatan Tunku Laksamana Johor Almarhum Tunku Abdul Jalil.
PM terima kunjungan Setiausaha Agung, bincang persediaan Kepengerusian ASEAN 2025
Anwar hari ini menerima kunjungan hormat Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn di Putrajaya bagi membincangkan perihal persediaan dan penyelarasan menjelang Kepengerusian ASEAN Malaysia tahun depan.
Penganggur jadi mangsa sindiket penipuan kerja sambilan dalam talian hilang RM43,351
Seorang lelaki warga tempatan berusia 30an mengalami kerugian RM43,351 selepas menjadi mangsa terbaharu jebakan penipu yang menawarkan kerja sambilan secara atas talian.
Peniaga rugi lebih RM14,000 terperdaya sindiket penipuan di Facebook
Seorang peniaga mengalami kerugian sebanyak RM14,274 akibat diperdaya oleh sindiket penipuan di laman sosial, Facebook.
Polis tahan tujuh kanak-kanak main basikal lajak secara berbahaya
Polis menahan tujuh kanak-kanak lelaki kerana bermain basikal lajak di kawasan Lebuh Relau 4 di sini hingga mengganggu ketenteraman dan membahayakan pengguna jalan raya lain.