awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
"Pecat betul-betul, jangan baling batu sembunyi tangan macam pondan" - Wan Ahmad Fayhsal
PM Anwar ucap tahniah kepada PM Jepun, Sanae Takaichi menang pilihan raya
LaLiga: Facundo Garces kembali dalam kesebelasan utama Alaves tapi...
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Saman hak milik kekal tanah 999 tahun: Perak rujuk Penasihat Undang-Undang Negeri

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
15/01/2020
13:19 MYT
Saman hak milik kekal tanah 999 tahun: Perak rujuk Penasihat Undang-Undang Negeri
AHMAD FAIZAL: Saya merayu kepada semua pihak untuk tidak membincangkan mengenai perkara yang masih belum dapat diputuskan.
Kerajaan negeri Perak akan mendapatkan pandangan daripada Penasihat Undang-Undang Negeri, Azmir Shah Zainal Abidin berhubung saman pemula hak milik kekal tanah 999 tahun.
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumi berkata, pihaknya tidak akan menyentuh mengenai isu itu ekoran tindakan saman yang dibuat oleh seorang individu.
Menurutnya, sebarang keputusan mengenai isu hak milik kekal akan ditangguhkan sehingga keputusan mahkamah diperoleh.
“Saya merayu kepada semua pihak untuk tidak membincangkan mengenai perkara yang masih belum dapat diputuskan.
“Saya akan menerima nasihat daripada Penasihat Undang-Undang Negeri dan kami akan ambil tindakan susulan menurut apa yang dinasihatkan,” katanya.
Beliau ditemui selepas wawancara radio mengenai pencapaian Perak 2019 di Ipoh pada Rabu.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan Presiden Majlis Belia Negeri (MBN) Perak, Aswannudin Hariffudin yang mengemukakan saman pemula terhadap kerajaan Perak untuk tidak membuat sebarang keputusan berkaitan isu hak milik kekal tanah 999 tahun.
Salinan saman itu dikemukakan pada Rabu kepada Pejabat Menteri Besar Perak selepas ia difailkan di Mahkamah Sivil Ipoh semalam melalui peguam, K Jeyaraj.
Ahmad Faizal berkata, dengan adanya saman pemula itu, segala perbincangan mengenainya atau keputusan-keputusan yang berkaitan tidak boleh dibuat sehingga mahkamah membuat keputusan.
Topic Berkaitan
#Ahmad Faizal Azumu
#azmir shah zainal abidin
#hak milik kekak tanah
#kerajaan negeri
#penasihat undang-undang negeri
#Perak
#saman pemula
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan