awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Anggota APM Bagan Datuk parah kenderaan terbabas elak anjing
Salji lebat di seluruh Jepun, 35 orang maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Saman sekumpulan penulis ke atas OpenAI ditolak mahkamah

Amanz
Amanz
16/02/2024
01:30 MYT
Saman sekumpulan penulis ke atas OpenAI ditolak mahkamah
OpenAI juga berhadapan saman yang difailkan New York Times, juga disebabkan oleh dakwaan harta intelek telah digunakan tanpa kebenaran. - Gambar fail REUTERS
TAHUN lalu sekumpulan penulis menyaman OpenAI kerana didakwa menggunakan karya mereka untuk melatih model AI tanpa kebenaran.
Ini dilihat sebagai pelanggaran harta intelek yang boleh menyebabkan OpenAI perlu membayar ganti rugi kepada penulis.
Namun begitu hakim Araceli Martinez-Olguin dari California menolak kes saman yang difailkan oleh penulis seperti Sarah Silverman dan Ta-Nehisi Coates.
Hakim mengatakan plaintif gagal membuktikan output yang dihasilkan oleh OpenAI menerusi perkhidmatan mereka adalah benar-benar sama dengan kandungan di dalam buku yang diterbitkan.
Kegagalan ini membuatkan kes tidak boleh diteruskan.
Satu-satunya saman yang boleh diteruskan ialah mengenai pelanggan anti persaingan kerana OpenAI menggunakan karya penulis untuk mengaut keuntungan menerusi perkhidmatan yang ditawarkan.
Plaintif kini diberikan masa sehingga 13 Mac untuk meminda hujah dan memfailkan semula kes ke atas OpenAI.
Ini hanyalah salah satu daripada beberapa kes saman yang difailkan ke atas OpenAI.
Mereka juga berhadapan saman yang difailkan New York Times juga disebabkan oleh dakwaan harta intelek telah digunakan tanpa kebenaran.
SUMBER Hollywood Reporter
Topic Berkaitan
#saman
#OpenAI
#pelanggaran harta intelek
#penulis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan