awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Anwar adakan lawatan rasmi ke Turkiye bermula esok hingga 8 Jan
Mahkamah Paris hukum 10 individu buli siber Brigitte Macron
Tenom diisytihar kawasan bencana banjir dan tanah runtuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Saman Tony Pua, permohonan PM akan didengar 2 Nov

Bernama
Bernama
09/09/2015
09:35 MYT
Saman Tony Pua, permohonan PM akan didengar 2 Nov
Datuk Seri Najib memfailkan saman fitnah terhadap Tony Pua dan Chan Chee Kong pada 5 Mac lepas.
Pendengaran permohonan Datuk Seri Najib Razak bagi memadamkan beberapa perenggan dalam afidavit sokongan yang difailkan Anggota Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua Kiam Wee dalam saman berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) ditangguhkan ke 2 Nov ini.
Hakim Mahkamah Tinggi Vazeer Alam Mydin Meera menetapkan tarikh tersebut dalam kamar hari ini.
Peguam Alliff Benjamin Suhaimi yang mewakili Pua memberitahu pemberita bahawa pada tarikh yang sama mahkamah juga akan mendengar permohonan Pua untuk membatalkan saman tersebut.
Katanya, Hakim Vazeer turut menetapkan 1 Dis untuk mendengar permohonan Najib bagi memadamkan beberapa perenggan dalam pernyataan pembelaan difailkan Chan Chee Kong, pemilik portal Mediarakyat.net.
Perdana Menteri, atas kapasiti peribadinya, memfailkan saman fitnah itu pada 5 Mac lepas dan menamakan Pua, 42, dan Chan, 51, sebagai defendan pertama dan kedua.
Dalam pernyataan tuntutannya, Najib berkata pada 13 Nov tahun lepas, Pua, sebagai penceramah utama pada jamuan malam kutipan dana DAP, telah mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah mengenai 1MDB.
Beliau berkata rakaman ucapan itu telah dimuat naik oleh Chan sendiri dan/atau ejennya dalam laman YouTube Mediarakyat dan laman web Mediarakyat yang didakwa menggunakan tajuk berunsur fitnah.
Najib berkata rakaman ucapan itu mengandungi perkataan yang merujuk dan berkaitan dengan dirinya dan memfitnahnya dan individu dikenali sebagai 'perdana menteri' dan semestinya merujuk secara spesifik kepada dirinya (Najib).
Najib mendakwa perkataan-perkataan fitnah itu antara lain membawa maksud bahawa beliau telah merompak duit rakyat berkaitan urus niaga 1MDB dan oleh itu beliau adalah seorang yang tidak boleh dipercayai dan tidak layak memegang jawatan awam.
Beliau berkata penerbitan perkataan-perkataan fitnah itu telah merosakkan reputasinya kerana rakaman ucapan itu boleh diakses secara meluas dan mudah di seluruh dunia melalui internet, blog, forum dan laman web tanpa sebarang sekatan dan boleh dikongsi semula.
Sehubungan itu, Najib menuntut ganti rugi am, teladan, kos dan perintah injunksi bagi menahan defendan pertama dan kedua atau ejen-ejen mereka daripada menerbitkan lagi perkataan-perkataan fitnah itu terhadapnya.
Topic Berkaitan
#1MDB
#afidavit
#Najib Razak
#Tony Pua
#Vazeer Alam Mydin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan