JOHOR BAHRU: Lima lelaki dikompaun sebanyak RM4,000 setiap seorang kerana ingkar arahan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dengan berkumpul menyambut majlis hari lahir di sebuah premis di Jalan Stulang Laut di sini, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Mohd Padzli Mohd Zain berkata menerusi serbuan pada 11.59 malam itu, selain kompaun, polis turut menahan empat wanita warga asing kerana gagal menunjukkan dokumen pengenalan diri.
"Kesemua mereka yang dikompaun dan ditahan itu berumur antara 30 hingga 46 tahun.
"Hasil serbuan, kita juga merampas dua pembesar suara, dua unit lampu bercahaya berwarna-warni, sebuah pemacu pena jenama Kingston, serangkai kunci berserta sekeping cip akses," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Tambah beliau, pengeluaran kompaun itu mengikut Peraturan 17 Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021 kerana telah berkumpul dan menjalankan aktiviti yang tidak dapat mengamalkan perjarakan fizikal manakala bagi tangkapan warga asing pula, kes disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 04 2021
Semua suspek ditahan ketika berkumpul menyambut majlis hari lahir di sebuah premis di Jalan Stulang Laut, Johor Bahru, malam tadi. - Gambar hiasan
Piala Asia B-23: Indonesia ajar Australia cara main bola
Walaupun Australia mendominasi perlawanan pada separuh masa kedua, kehandalan benteng pertahanan Indonesia mudah mematahkan serangan demi serangan.
Situasi terkini letusan Gunung Ruang di Sulawesi
Untuk berkongsi perkembangan terkini letusan Gunung Berapi Ruang, di talian secara Google Meet ialah Feri Ariyanto, komunikasi badan nasional pencarian dan pertolongan (Basarnas) Manado Sulawesi.
Colombia bergelut masalah air, takungan negara kering
Fenomena El Nino melanda di Colombia pada penghujung 2023, menyebabkan suhu tinggi dan kemarau.
Letusan Gunung Ruang: Gelombang tsunami boleh capai 25 meter
Heruningtyas berkata, potensi tsunami ini mengancam di kawasan sebelah barat Pulau Tagulandang.
Iran beri amaran Israel terhadap tindakan ketenteraan lanjut
Iran memberitahu Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) bahawa Israel mesti dipaksa untuk menghentikan sebarang operasi ketenteraan selanjutnya terhadap kepentingan Iran.
Penumpang kecewa penerbangan dibatalkan tanpa notis awal
Beberapa penumpang di Lapangan Terbang Sulawesi, Indonesia merungut penrbangan mereka dibatalkan tanpa notis awal susulan gunung berapi Ruang meletus sejak kelmarin sehingga mengeluarkan abu bahaya ke udara sekali gus membahayakan keselamatan.
Amaran tsunami boleh mencapai 25 meter
Badan Geologi, Kementerian Tenaga dan Sumber Daya Mineral Indonesia mengingatkan potensi tinggi gelombang tsunami yang diakibatkan oleh letusan Gunung Ruang di Kabupaten Sitaro, Sulawesi Utara mencapai 25 meter.
Banjir di Selangor menurun kepada 364 orang
Banjir di Melaka dan Negeri Sembilan pulih sepenuhnya setakat 8 malam tadi selepas kesemua mangsa dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.
Menurut laporan terkini info Bencana JKM, setakat 6 pagi Jumaat mangsa banjir di Selangor pula sedikit menurun kepada 364 orang pagi ini berbanding 483 yang dilaporkan pada malam Khamis.
Menurut laporan terkini info Bencana JKM, setakat 6 pagi Jumaat mangsa banjir di Selangor pula sedikit menurun kepada 364 orang pagi ini berbanding 483 yang dilaporkan pada malam Khamis.
DXB dijangka beroperasi semula dalam tempoh 24 jam
Terminal 1 dan Terminal 3 telah pun memulakan normalisasi secara beransur-ansur, menyebabkan pergerakan lebih lancar, katanya dalam kenyataan kepada Agensi Berita Emirates (WAM).
Bakal jemaah haji tidak ragu-ragu memilih TH
Berdasarkan reputasi dan kewibawaan menguruskan jemaah haji untuk tempoh yang lama, pasangan suami isteri, Azahar Mahamud dan Rohani Abdul Ghani tidak ragu-ragu memilih TH menguruskan mereka secara muassasah bagi musim haji 1445H/2024M.
MITI jamin tiada lagi penutupan sektor ekonomi
MITI akan turut memastikan kumpulan peniaga juga tidak akan berdepan impak ekonomi sehingga memaksa beberapa sektor perniagaan terpaksa gulung tikar.
Lockdown di China? Malaysia tidak mampu dari segi ekonomi, kebajikan rakyat - Khairy
Malaysia tidak mampu dari segi ekonomi dan kebajikan rakyat untuk mengikut jejak langkah China yang melaksanakan perintah berkurung di Yuzhou selepas tiga kes postif COVID-19 dikesan bandar raya itu.
Lockdown? - "Don't mention the 'L' word", tegas Khairy
"Don't mention the 'L' word," tegas Khairy Jamaluddin ketika ditanya sama ada kerajaan akan pertimbangkan untuk melaksanakan 'lockdown' memandangkan varian Omicron semakin menular dalam negara.
'Lockdown' bukan penyelesaian kepada Omicron - WHO
Pelaksanaan total lockdown atau perintah berkurung bukan satu penyelesaian bijak kepada penularan varian baharu COVID-19, Omicron..
COVID-19: Najib cadang 'circuit breaker' di negeri catat peningkatan kes
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mencadangkan kerajaan melaksanakan circuit breaker atau lockdown ketat dan singkat antara lima dan tujuh hari sekiranya kes COVID-19 meningkat semula.
Kestabilan pasaran buruh pada Q1 2021 dijangka berterusan ke Q2 2021
Ini berdasarkan kadar pengangguran yang tidak berubah dan kekal stabil pada kadar purata 4.8% untuk suku pertama 2021 dan suku keempat 2020.
Tokyo 2020: Di sebalik tangisan, Dhabitah pamer semangat juang tinggi
Dhabitah menamatkan final acara tiga meter papan anjal individu wanita di Tokyo Aquatics Centre di kedudukan keempat.
Total lockdown bukan penyelesaian, patuh SOP dan tingkatkan kadar vaksinasi - Masidi
Pelaksanaan total lockdown bukan satu penyelesaian kepada masalah jangkitan COVID-19 yang terus meningkat.
Jangan kerana seronok Hari Raya Korban, sama-sama 'terkorban' akibat COVID-19 - Dr Noor Hisham
Bermula 1 Jun 2021 sehingga data terkini 16 Julai 2021, sebanyak 267 kluster komuniti dengan jumlah 17,106 kes positif COVID-19 telah dilaporkan.
COVID-19: Pengusaha F&B saran kerajaan benarkan 'dine-in', dua pelanggan satu meja
Menurutnya pengusaha industri makanan dan minuman (F&B) kecewa apabila tindakan 'total lockdown' dilihat tidak menyeluruh.