awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sambutan Hari Hak Asasi Manusia esok ditangguhkan - Suhakam

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
07/12/2018
05:33 MYT
Sambutan Hari Hak Asasi Manusia esok ditangguhkan - Suhakam
Razali berkata penangguhan itu dibuat atas nasihat pihak polis. - fotoBERNAMA
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) akan menangguhkan sambutan Hari Hak Asasi Manusia yang dijadual berlangsung di Padang Timur, Petaling Jaya, pada Sabtu.
Bercakap kepada Astro AWANI, Pengerusi Suhakam, Tan Sri Razali Ismail berkata penangguhan itu dibuat atas nasihat pihak polis.
Menerusi satu kenyataan media yang dikeluarkan Suhakam, Razali berkata pihaknya mengikuti nasihat yang dikeluarkan PDRM kepada pihaknya serta Jabatan Perdana Menteri (JPM).
"PDRM telah maklumkan kepada Suhakam dan JPM tanpa mendedahkan butiran terperinci bahawa terdapat risiko keselamatan yang tinggi susulan program esok, yang boleh menjejaskan keselamatan negara.
"Suhakam kecewa dengan kerajaan yang komited kepada hak asasi manusia namun terpengaruh dengan taktik tekanan dan ekstremis sehingga menyebabkan sambutan yang dirancang berbulan lalu terpaksa ditangguhkan," katanya.
Beliau pada masa memohon maaf kepada orang ramai, tetamu serta sukarelawan dan mereka yang terlibat dalam sambutan itu.
Satu sidang media yang akan dipengerusikan beliau akan diadakan di ibu pejabat suruhanjaya itu pukul 4 petang Jumaat.
Topic Berkaitan
#Hari Hak Asasi Manusia
#Padang Timur
#Razali Ismail
#Suhakam
#suruhanjaya hak asasi manusia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan