awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PSG sambar bakat muda keturunan Filipina
Hakisan pantai Batu Ferringhi, Tanjong Bungah: JPS laksana langkah mitigasi
Dua ditahan kes samun menyamar pegawai Imigresen
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sambutan Hari Kebangsaan ke-68, Hari Malaysia meriah di New York

Astro Awani
Astro Awani
11/09/2025
03:20 MYT
Sambutan Hari Kebangsaan ke-68, Hari Malaysia meriah di New York
Resepsi sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-68 dan Hari Malaysia berlangsung penuh meriah di Dewan Utama, Pejabat Perutusan Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), pada 9 September lalu.
NEW YORK: Resepsi sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-68 dan Hari Malaysia berlangsung penuh meriah di Dewan Utama, Pejabat Perutusan Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), pada 9 September lalu.
Majlis tersebut dianjurkan oleh Wakil Tetap Malaysia ke PBB merangkap Duta Besar, Datuk Dr Ahmad Faisal Muhamad dengan kehadiran kira-kira 200 tetamu.
Ahmad Faisal (bersongkok) dan pemimpin Kumpulan Gemala Sitra, Akoque (belakang, kiri) bergambar bersama anak-anak kakitangan pejabat perutusan tetap.
Ahmad Faisal (bersongkok) dan pemimpin Kumpulan Gemala Sitra, Akoque (belakang, kiri) bergambar bersama anak-anak kakitangan pejabat perutusan tetap.
Mereka terdiri daripada para duta serta wakil pejabat perwakilan asing, pegawai diplomat, pegawai Jabatan Negara Amerika Syarikat dan wakil agensi tempatan.
Acara dimulakan dengan nyanyian lagu kebangsaan, diikuti ucapan Ahmad Faisal yang menekankan semangat perpaduan dan jati diri rakyat Malaysia di perantauan.
Hadirin turut dihiburkan dengan persembahan kebudayaan oleh Kumpulan Gemala Sitra New York, yang dianggotai anak-anak kakitangan pejabat perutusan tetap.
Selain itu, tetamu disajikan dengan pelbagai hidangan istimewa Malaysia seperti nasi lemak, rendang ayam, bihun goreng, sate, nasi impit bersama kuah kacang, laksa, roti canai, kuih-muih tradisional, cendol serta teh tarik.
Majlis ini bukan sahaja mengeratkan hubungan diplomatik Malaysia dengan masyarakat antarabangsa, malah turut menjadi platform memperkenalkan kekayaan budaya dan kepelbagaian kulinari Malaysia di persada dunia.
Tetamu menikmati juadah Malaysia pada majlis resepsi Hari Kebangsaan ke-68 dan Hari Malaysia.
Tetamu menikmati juadah Malaysia pada majlis resepsi Hari Kebangsaan ke-68 dan Hari Malaysia.
Raikan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia dengan kempen Inilah KITA di sini
Topic Berkaitan
#Hari Kebangsaan
#Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
#Wakil Tetap Malaysia
#Kumpulan Gemala Sitra New York
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan