awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kematian Suri: Keluarga pertimbang lantik peguam pemerhati
Malaysia catat jualan eksport RM45.4 bilion daripada misi perdagangan PM 2025
AS naikkan duti import kenderaan bermotor, tarif timbal balas ke atas Korea Selatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua ditahan kes samun menyamar pegawai Imigresen

Bernama
Bernama
27/01/2026
03:45 MYT
Dua ditahan kes samun menyamar pegawai Imigresen
Tangkap layar menunjukkan sekumpulan lelaki menyamar sebagai pegawai imigresen sebelum melakukan kegiatan samun bersenjata di Bukit Tengah, Pulau Pinang baru-baru ini. - Foto Sinar Harian
BUKIT MERTAJAM: Polis menahan dua lelaki di Kuala Lumpur pada 18 Jan lepas kerana disyaki terlibat dalam samun dengan menyamar sebagai pegawai Imigresen.

Ringkasan AI
  • Polis menahan dua lelaki di Kuala Lumpur atas dakwaan terlibat dalam samun dengan menyamar sebagai pegawai Imigresen.
  • Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan dan suspek akan dihadapkan ke mahkamah.
  • Polis masih mencari empat suspek lain yang terlibat dalam kejadian samun berkenaan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Helmi Aris berkata pada 13 Jan lepas pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian samun berkumpulan di sebuah rumah di Ladang Chip Jao, Bukit Tengah pada 10.30 pagi.
"Pengadu adalah seorang lelaki warga Myanmar berusia 44 tahun memaklumkan enam suspek lelaki berpakaian gelap dan memakai pelitup muka menaiki sebuah kereta Proton X70 telah berhenti di rumahnya.
"Lima lelaki dikatakan telah masuk ke rumah dengan memperkenalkan diri sebagai pegawai Imigresen dan menggeledah rumah berkenaan.
"Suspek kemudian mengacukan sebilah parang sebelum melarikan pelbagai barangan berharga termasuk barang kemas, wang tunai dan telefon bimbit mengakibatkan mangsa kerugian RM4,000," katanya dalam kenyataan hari ini.
Bertindak atas maklumat dan risikan, Helmi berkata sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah IPD SPT telah menjalankan serbuan di Bukit Jalil dan Ampang pada 18 Jan lepas.
Katanya dua lelaki tempatan berusia 38 dan 32 tahun ditahan selain polis turut merampas Proton X70 dipercayai digunakan semasa kejadian, beberapa telefon bimbit, pakaian dan aksesori.
Helmi berkata kedua-dua suspek mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah serta positif dadah jenis metamfetamina.
Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan dan suspek akan dituduh di mahkamah esok.
Beliau berkata polis masih giat mengesan empat lagi suspek yang masih bebas justeru orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Insp Fakhrul Aiman di talian 016-3374941 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#samun bersenjata
#menyamar pegawai imigresen
#Bukit Tengah Pulau Pinang
#Helmi Aris
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan