PUTRAJAYA: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini berkenan berangkat ke istiadat perbarisan sambutan Hari Pahlawan Tahun 2022 di Dataran Pahlawan Negara di sini.
Istiadat sambutan Hari Pahlawan dimulakan dengan perarakan masuk Panji-panji Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Panji-panji Rejimen daripada Batalion Pertama, Rejimen Askar Melayu Diraja oleh Kawalan Kehormatan Utama terdiri daripada empat pegawai dan 103 anggota lain-lain pangkat.
Lagu Negaraku dimainkan dengan diiringi 21 das tembakan meriam yang disempurnakan Left Kol Mohd Asri Che Wil daripada 41 Bateri Rejimen Artileri Diraja.
Seri Paduka kemudian memeriksa kawalan kehormatan utama.
Perbarisan Hari Pahlawan hari ini melibatkan 58 pegawai dan 867 anggota lain-lain pangkat daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia serta 152 veteran daripada Persatuan Veteran ATM, Kontinjen Pesara Polis dan Bekas Polis Malaysia.
Perbarisan diketuai Pegawai Memerintah Batalion Ke-10 Rejimen Askar Melayu Diraja (10 RAMD) Left Kol Muhammad Ikhwan Hussin.
Turut hadir, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin.
Hadir sama Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Affendi Buang dan Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani.
Istiadat kemudian diteruskan dengan tiupan Paluan Akhir yang dikenali sebagai 'last post' dengan menurunkan Jalur Gemilang.
Istiadat turut disajikan dengan persembahan pantomim mengenai pengorbanan pejuang negara iaitu kisah daripada peristiwa pertempuran yang berlaku di Bakara Market, Mogadishu, Somalia pada 3 dan 4 Okt 1993.
Peristiwa tersebut membabitkan pasukan Batalion Ke-19 Rejimen Askar Melayu Diraja (19 RAMD) Mekanise yang terlibat dalam misi pengaman Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di Mogadishu di bawah Kontinjen MALBATT 1 UNOSOM II (United Nations Operation in Somalia).
Ketika itu, ibu Pejabat UNOSOM II telah meminta bantuan pasukan tentera Malaysia dan 19 RAMD Mekanise (MALBATT 1) telah dikerah ke kawasan pertempuran untuk menyelamatkan anggota elit US Rangers dan kru helikopter Black Hawk yang terperangkap di pasar berkenaan akibat diserang oleh gerila pemberontak pimpinan Mohamed Farrah Aidid.
Dalam usaha menyelamatkan anggota US Rangers berkenaan, kereta perisai Condo yang dipandu oleh Koperal Mat Aznan Awang telah diserang hendap gerila pemberontak melalui tembakan roket RPG menembusi cermin hadapan kenderaan perisai tersebut sehingga menyebabkan kematian kepada anggota pemandu berkenaan.
Atas keberaniannya, Allahyarham Koperal Mat Aznan telah dikurniakan Darjah Keberanian Tertinggi Persekutuan, Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP).
Sambutan Hari Pahlawan pada setiap 31 Julai adalah antara usaha dan keprihatinan kerajaan dalam mengenang jasa-jasa perwira tanah air yang terkorban ketika mempertahankan kedaulatan ibu pertiwi.
Istiadat Perbarisan Hari Pahlawan kali terakhir diadakan pada 2018.
Pada 2019, istiadat berkenaan tidak dapat dilaksanakan akibat keadaan jerebu teruk yang melanda negara ketika itu manakala pelaksanaan istiadat berkenaan pada 2020 dan 2021 juga tidak dapat direalisasikan berikutan pandemik COVID-19.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 31 2022
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat ke Istiadat Perbarisan sempena Sambutan Hari Pahlawan 2022. - Foto BERNAMA
Universiti perlu tapis aktiviti namun tidak sehingga ganggu keterbukaan, autonomi - Pakar
Abu Hafiz berpandangan ia perlu dilaksana bagi mengelakkan kontroversi khususnya membabitkan isu sensitif serta polisi negara.
'Man Kubur' tolak rasa malu, teruskan legasi ayah hasilkan kepok kubur
Dikman mengakui minat terhadap pembuatan kepok timbul sejak di bangku sekolah rendah lagi apabila sering membantu bapanya di bengkel.
UTM lancar Hab Malaysia Erasmus+
Ia bermatlamat meningkatkan kerjasama antara universiti dan diplomat yang mampu memberi panduan kepada pihak dalam sektor pendidikan tinggi.
Ancaman bom: Pusat Kargo KLIA gempar ancaman bom, rupanya laptop
Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gempar apabila mesin pengimbas menerima bungkusan tertera ayat ancaman bom, pada Khamis
WFP: Utara Gaza diancam kebuluran kritikal
Timbalan Pengarah Eksekutif Program Makanan Sedunia (WFP), Carl Skau, menegaskan perlunya lebih banyak akses bantuan untuk mengatasi masalah kebuluran yang kritikal di utara Gaza.
Tentera AS mula pembinaan jeti sementara di Gaza
Tentera Amerika Syarikat memulakan pembinaan jeti sementara bagi penghantaran bantuan ke Gaza, diumumkan oleh Setiausaha Akhbar Jabatan Pertahanan, Patrick Ryder.
Kekejaman zionis: Penemuan kubur besar di Hospital Gaza perlu disiasat
Pasukan pertahanan awam Palestin gesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyiasat penemuan hampir 400 mayat dari kubur besar di hospital di Gaza selepas tentera Israel meninggalkan fasiliti kesihatan itu.
Israel perlu dikenakan sekatan senjata dan minyak tanpa syarat
Wakil Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Francesca Albanese, menyeru sekatan senjata dan minyak tanpa syarat dikenakan ke atas Israel, susulan tindakan rejim itu melanggar undang-undang antarabangsa.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Israel dakwa Hamas tarik diri daripada rundingan bebas tebusan
Israel dakwa Hamas tarik diri daripada rundingan pembebasan tebusan menyebabkan usaha menamatkan krisis di Gaza gagal.
Sambutan Hari Pahlawan 2022 meriah, penuh istiadat
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini berkenan berangkat ke istiadat perbarisan