awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sambutan Hari Pengguna tingkat advokasi, jaga hak pengguna

Astro Awani
Astro Awani
15/03/2024
15:00 MYT
Sambutan Hari Pengguna tingkat advokasi, jaga hak pengguna
Sambutan tahun ini selari dengan matlamat Kementerian dalam menggerakkan agenda besar kepenggunaan yang responsif dengan tuntutan semasa. - Foto ihsan KPDN
KUALA LUMPUR: Hari Pengguna Kebangsaan 2024 yang disambut pada 15 Mac setiap tahun, diharap dapat merancakkan lagi advokasi dan pendidikan berkenaan hak-hak dan perlindungan pengguna daripada pelbagai jenayah siber seperti penipuan dalam talian, phishing, penyalahgunaan rangkaian dan penipuan atas talian.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, sambutan HPK pada tahun ini selari dengan matlamat Kementerian dalam menggerakkan agenda besar kepenggunaan yang responsif dengan tuntutan semasa dan cabaran mendatang.
Jelasnya, pemilihan tema "Kuasa Pengguna: Mendepani Realiti Zaman” juga bertepatan dengan peralihan kepada era Revolusi Industri 4.0 dan ekonomi digital yang berpaksikan kepada pelbagai jenis teknologi seperti Generasi Kelima (5G), Internet of Things (IoT) dan Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence).
Sambutan hari ini juga merupakan kesinambungan Program Sesi Libat Urus ‘Prakarsa Pendayaupayaan Pengguna (3P)’ pada 20 Februari 2024 lalu yang telah menyediakan platform kepada para pemegang taruh untuk memberikan maklum balas dan pandangan bagi menambah baik kerangka Dasar Pengguna Negara 2.0 (DPN 2.0) dan Pelan Tindakan Kepenggunaan 2030 (PTK 2030).
"KPDN yakin penglibatan aktif gerakan pengguna dengan memaknai kuasa pengguna akan membawa impak besar dalam mewujudkan ikhtiar nasional, melalui pendekatan 'whole of nation', dalam merealisasikan matlamat kerajaan untuk memelihara kepentingan pengguna dan menyantuni isu kos sara hidup rakyat," katanya.
Topic Berkaitan
#hari pengguna
#Armizan Mohd Ali
#kos sara hidup
#hak pengguna
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan