KUCHING: Rakyat Sarawak digesa supaya sentiasa berwaspada dan mengambil langkah pencegahan bagi membendung penularan jangkitan COVID-19 menjelang sambutan Krismas esok, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.
Uggah, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak berkata perayaan Krismas pada bulan ini menyaksikan peningkatan semula kes COVID-19 di negeri ini.
Beliau berkata berdasarkan pemantauan, peningkatan kes adalah disebabkan kehadiran subvarian HK.3 dan JN.1.
"Kes positif di negeri ini telah mencetuskan kebimbangan dengan 631 kes direkodkan dari 10 hingga 16 Dis. Sebanyak 310 kes pada minggu sebelumnya, yang menyaksikan peningkatan sebanyak 103.5 peratus.
"Jadi setiap individu perlu berjaga-jaga terutama golongan warga emas, kanak-kanak dan mereka yang mempunyai komorbiditi. Jangan benarkan COVID-19 menjadi 'Grinch' yang akan mencuri kegembiraan Krismas anda. Amalkan pematuhan prosedur operasi standard bagi mengelak jangkitan dan penularan," katanya dalam perutusan sempena sambutan Hari Krismas.
Pada 21 Dis lepas, Uggah berkata kerajaan Sarawak memperuntukkan RM4.85 juta sebagai persediaan menghadapi peningkatan kes COVID-19 di negeri ini dengan pembiayaan berkenaan bagi membantu Jabatan Kesihatan Sarawak memperkukuh keupayaan mereka dalam bersedia dan mengatasi trend peningkatan kes COVID-19.
Beliau berkata peruntukan berkenaan antaranya dikhususkan untuk membina hospital lapangan di Kuching dan pembelian ubat antiviral Paxlovid.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 24 2023
Uggah, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak berkata perayaan Krismas pada bulan ini menyaksikan peningkatan semula kes COVID-19 di negeri ini. - Gambar fail/Astro AWANI
KEDA berhasrat tanam padi wangi, padi huma tahun ini
Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) berhasrat membangunkan tanaman padi wangi dan padi huma di beberapa kawasan pertanian dalam wilayahnya, tahun ini.
Mesyuarat perundingan Enam Pihak Arab bincangkan perkembangan di Gaza
Mesyuarat perundingan Jawatankuasa Enam Pihak Arab itu membincangkan perkembangan serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza.
Chegubard didakwa di Mahkamah Sesyen KL esok - Peguam
Badrul Hisham Shaharin atau dikenali Chegubard akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok atas pertuduhan memfitnah dan menghasut.
Pulau Pinang, kerajaan pusat bekerjasama tarik pelaburan semikonduktor
Kerajaan Pulau Pinang akan bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk meneruskan usaha menarik pelaburan dalam sektor semikonduktor, termasuk segmen reka bentuk litar bersepadu (IC) di negeri itu.
Rakyat Malaysia di Jordan jadi duta produk PMKS negara
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick menyarankan rakyat Malaysia yang menetap di Jordan supaya memainkan peranan sebagai “duta” untuk mempromosikan produk perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS) SERTA koperasi negara.
Mohamed Khaled tiba di Indonesia, dijadual bertemu Prabowo
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin tiba di Jakarta hari ini untuk lawatan kerja rasmi sulung beliau ke Indonesia sejak memegang jawatan itu.
SPRM mohon maklumat dari Jerman
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memohon maklumat terkini daripada pihak berkuasa Jerman mengenai dana bon 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dipercayai digunakan untuk membeli kereta mewah di negara itu pada 26 Okt 2022.
SPRM siasat pemimpin kanan di utara tanah air
Seorang pemimpin kanan di utara tanah air disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki melantik beberapa syarikat yang mempunyai kepentingan dengannya membabitkan beberapa projek pembekalan melibatkan peruntukan kira-kira RM300,000.
Kembangkan kandungan tempatan melalui AI
Menurut Setiausaha Agung Organisasi Kerjasama Digital (DCO) Deemah Al Yahya, terdapat 2.7 peratus daripada penduduk dunia tidak berhubung malah tidak mempunyai sambungan asas internet. Beliau turut berkata infrastruktur pengkomputeran setiap negara perlu mempunyai kemampuan untuk mengembangkan kandungan tempatan khususnya yang melibatkan penggunaan AI.
AI tidak dapat ganti guru
Menteri Pendidikan Rwanda, Gaspard Twagirayezu berkata kepesatan teknologi AI dalam pendidikan tidak dapat menggantikan guru malah membantu guru dalam menyediakan bahan pengajaran yang bermanfaat kepada pelajar.
Sambutan Krismas terjejas, 120 kediaman dijilat api di Chile
Kebakaran dikatakan tercetus di kawasan bukit sebelum ia mula merebak dengan pantas, menyambar rumah-rumah mereka, memaksa penduduk melarikan diri.