awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sami warga asing diburu buat serangan seksual terhadap wanita tempatan

Bernama
Bernama
23/09/2023
16:08 MYT
Sami warga asing diburu buat serangan seksual terhadap wanita tempatan
Pemangku Ketua Polis Daerah Serdang Supt Izuddin Ab Wahab berkata suspek berusia lingkungan 40-an itu merupakan seorang sami yang berasal dari India.
KUALA LUMPUR: Polis sedang memburu seorang lelaki warga asing dipercayai melakukan serangan seksual terhadap seorang wanita tempatan dalam kejadian pada awal 2017.
Pemangku Ketua Polis Daerah Serdang Supt Izuddin Ab Wahab berkata suspek berusia lingkungan 40-an itu merupakan seorang sami yang berasal dari India.
"Polis mengesahkan menerima satu laporan pada Ogos tahun ini mengenai kejadian seorang wanita tempatan berusia lingkungan 30-an diserang secara seksual oleh suspek.
"Kejadian dilaporkan berlaku di dalam kenderaan mangsa di sekitar Puchong, Selangor. Mangsa ketika itu baru mengenali suspek ketika upacara keagamaan," katanya ketika dihubungi Bernama malam ini.
Beliau berkata mangsa baru melaporkan kejadian itu bulan lepas disebabkan faktor trauma.
"Buat masa ini polis selesai merakam percakapan mangsa dan sedang mengesan saksi-saksi lain untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#sami
#serangan seksual
#polis
#warga asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan