Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, sudah sampai masa kerajaan menilai dan mengkaji semula semua undang-undang berkaitan pengedaran dan penyalahgunaan dadah mengikut kesesuaian perubahan trend dadah semasa.
Menurut Perdana Menteri, kajian itu termasuk hukuman mati mandatori yang dikatakan terlalu keras dan tidak membendung isu utama pengedaran dadah.
"Jadi banyak yang berpendapat bahawa ia tidak berkesan. Masih ada mereka yang mencari duit tidak halal dengan mengedar dadah.
"Kita akan mengkaji sama ada dakwaan ini betul atau tidak dan jika kita dapati ada cara lain dalam undang-undang yang boleh mencegah penyalahgunaan dadah atau pengedaran dadah, maka kita akan pinda undang-undang.
"Dalam masa sama, mereka yang menjadi penagih tidak dianggap sebagai penjenayah, tetapi penting kita semua faham menyalahgunakan dadah sesuatu yang tidak baik kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Pelancaran Bulan Antidadah Kebangsaan 2020, di sini pada Selasa.
Tema Bulan Antidadah Kebangsaan Ke- 37 tahun ini adalah 'Kemakmuran dan Kesejahteraan Bersama'.
Dalam pada itu, Dr Mahathir turut menyokong usaha menangani penyalahgunaan dadah termasuk saranan kepada sektor swasta agar menjadikannya sebahagian dari program tanggungjawab sosial korporat (CSR).
"Saya menyokong inisiatif KDN dan Agensi Antidadah untuk turut mengundang NGO dan komuniti tempatan di dalam usaha menangani masalah dadah ini.
"Sokongan Kementerian Kewangan melalui pelaksanaan Inisiatif Bersepadu Menangani Penyalahgunaan Dadah, Substan dan Pelencongan Sosial akan menjadi galakan kepada usaha tersebut," kata beliau lagi.
Sementara itu, Dr Mahathir memberitahu, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) perlu menjadikan pendidikan pencegahan sebagai keutamaan bagi memastikan masyarakat mempunyai pengetahuan dan kesedaran yang tinggi untuk terlibat secara langsung dalam usaha-usaha pendidikan pencegahan yang komprehensif.
Tambahnya, langkah-langkah penguatkuasaan dan rawatan pemulihan dadah oleh pihak berkuasa pula perlu mengambil kira perubahan semasa yang berlaku supaya usaha-usaha menanganinya lebih tersusun dan berkesan.
"Pihak yang menawarkan perkhidmatan rawatan dan pemulihan dadah juga harus memahami keperluan pendekatan rawatan yang diberikan seperti yang disarankan oleh National Institute of Drug Abuse.
"Prinsip rawatan dan pemulihan dadah yang berkesan perlu difahami bahawa tiada rawatan tunggal yang sesuai untuk semua orang.
"Penyedia perkhidmatan rawatan dan pemulihan dadah, Ahli-ahli Lembaga Pelawat, Jawatankuasa Pemulihan Dadah Daerah dan termasuk mereka yang mengendalikan Pusat Pemulihan Dadah Persendirian perlu mengintegrasikan pendekatan rawatan dan pemulihan yang lebih menyeluruh dengan mengambil kira prinsip-prinsip rawatan pemulihan dadah yang berkesan," katanya.
Antara Januari sehingga Jun 2019, seramai 105,375 orang penyalah guna dan penagih dadah serta bahan telah direkodkan.
Ini adalah peningkatan sebanyak 23.2 peratus jika dibandingkan bagi tempoh yang sama dalam tahun 2018.
Wan Syamsul Amly
Tue Feb 18 2020
Kata Dr Mahathir, sudah sampai masa kerajaan menilai dan mengkaji semula semua undang-undang berkaitan pengedaran dan penyalahgunaan dadah. - Gambar Astro AWANI/ SHAHIR OMAR
AWANI Borneo [15/12/2024] - Kenalan lelaki mangsa direman | Apa impak langkah SAPP? | 11 projek sakit di Sarawak
AWANI Borneo Ahad, 15 Disember 2024 bersama Nickyson Nyambar
Wanita hilang sepuluh hari ditemui tidak bernyawa dalam kereta
Tindakan SAPP keluar pn, apa reaksi Ronald Kiandee dan Bung Moktar?
Masalah kontraktor antara punca projek sakit di Sarawak
Wanita hilang sepuluh hari ditemui tidak bernyawa dalam kereta
Tindakan SAPP keluar pn, apa reaksi Ronald Kiandee dan Bung Moktar?
Masalah kontraktor antara punca projek sakit di Sarawak
Anwar gesa pemilihan PKR segera dilakukan, junjung prinsip demokrasi
Anwar berkata barisan kepimpinan parti juga harus melibatkan gandingan baharu dan lama.
Tiada lagi penyeri keluarga, pemergian 'Amoi' amat dirasai
Bapa mangsa, Lan Endor, menyifatkan pemergian Nurul Asikin atau lebih dikenali sebagai Amoi sebagai seorang yang sentiasa ceria dan tidak pernah lupa memberitahu ibunya setiap kali ingin ke mana-mana.
11 projek sakit dikenal pasti di Sarawak di bawah RMK-10
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, keseluruhan projek pembinaan yang telah dikenal pasti melibatkan sektor pendidikan, kesihatan dan pembangunan desa.
Projek hospital pengajar UNIMAS dijadual beroperasi 2026
Status pembinaan projek hospital pengajar UNIMAS mengikut jadual ditetapkan dengan status tersebut kini mencecah kepada 52 peratus.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza.
SAPP bebas buat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan NAsional (PN).
SAPP main dua kolam - Bung Moktar
Ketua Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin ,menyifatkan tindakan sapp itu seperti sudah dijangka terutama ketika situasi politik sabah yang tidak menentu ketika ini.
Malaysia hasrat jadi tuan rumah lebih banyak acara e-sukan antarabangsa - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid menyatakan kesediaan Malaysia untuk menjadi tuan rumah bagi lebih banyak acara sukan elektronik atau e-sukan antarabangsa pada masa akan datang.
Koordinasi agensi pelaksana Persekutuan-negeri perlu penambahbaikan - Fadillah
Koordinasi antara agensi pelaksana Persekutuan dan negeri perlu ditambah baik bagi membolehkan maklumat tepat diperoleh berhubung status kemajuan projek kerajaan Persekutuan di Sarawak.
Sampai masa kerajaan kaji undang-undang berkaitan dadah - Tun M
Sudah sampai masa kerajaan menilai dan mengkaji semula semua undang-undang berkaitan pengedaran dan penyalahgunaan dadah.