Skip to main content

Malaysia

Samun di Genting Highlands: Polis tahan tujuh individu, suspek utama masih dikesan

Pada 17 Ogos lepas, sebanyak 81 barang kemas pelbagai jenis seberat 2.5kg bernilai lebih RM1.7 juta dilaporkan dilarikan tiga lelaki bersenjatakan kapak dan kuku kambing dari sebuah kedai emas di pusat beli-belah berkenaan. - Foto Sinar Harian
Pada 17 Ogos lepas, sebanyak 81 barang kemas pelbagai jenis seberat 2.5kg bernilai lebih RM1.7 juta dilaporkan dilarikan tiga lelaki bersenjatakan kapak dan kuku kambing dari sebuah kedai emas di pusat beli-belah berkenaan. - Foto Sinar Harian

Advertisement

KUANTAN: Polis menahan tujuh individu termasuk beberapa warga asing bagi membantu siasatan kes samun barang kemas seberat 2.5 kilogram bernilai lebih RM1.7 juta di sebuah pusat beli-belah di Genting Highlands, Bentong pada Ogos lepas.

Pemangku Ketua Polis Pahang Datuk Azry Akmar Ayob berkata kesemua individu berusia 25 hingga 64 tahun itu ditahan di sekitar Lembah Klang dan Pulau Pinang antara 20 Ogos hingga 3 Okt. 

“Tangkapan terbaharu melibatkan seorang individu yang ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sejurus tiba di negara ini.

“Suspek berkenaan masih direman manakala enam lagi sudah dibebaskan dengan jaminan polis,” katanya ketika dihubungi hari ini. 

Beliau berkata kesemua individu yang ditahan dipercayai mempunyai kaitan dengan suspek utama yang masih diburu. 

Menurut beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan. 

Pada 17 Ogos lepas, sebanyak 81 barang kemas pelbagai jenis seberat 2.5 kilogram bernilai lebih RM1.7 juta dilaporkan dilarikan tiga lelaki bersenjatakan kapak dan kuku kambing dari sebuah kedai emas di pusat beli-belah berkenaan. 

-- BERNAMA

 

Must Watch Video

Advertisement