awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jenazah ibu selamat dikebumikan, ayat Anuar Zain undang sebak
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
Menteri Kabinet ucap selamat Hari Krismas, tekankan nilai saling menghormati
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Samun: Pemilik pasar raya ditemui maut dengan tangan dan kaki diikat

Nazialita Geynna Maharan
Nazialita Geynna Maharan
28/11/2017
05:56 MYT
Samun: Pemilik pasar raya ditemui maut dengan tangan dan kaki diikat
Menurut polis, mangsa dipercayai menetap berasingan dengan keluarganya dan ditemui di bilik tidur sewaktu kejadian berlaku.
Seorang anak lelaki terkejut apabila menemui mayat bapanya dalam keadaan tangan dan kaki diikat dalam satu kejadian samun di Jelapang, dekat sini hari ini.
Dalam insiden terbabit, anak mangsa dipercayai telah pergi ke pasar raya milik bapanya itu untuk memulakan perniagaan sebelum menemui mayatnya pada sekitar jam 8 pagi.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Mohd Ali Thamby berkata pihaknya mendapat maklumat mengenai kejadian berkenaan selepas anaknya membuat laporan polis.
Menurut beliau. pihaknya kemudian bergegas ke lokasi kejadian.
“Siasatan awal di tempat kejadian, kita mendapati mangsa berumur 69 tahun itu ditemui dalam keadaan tangan dan kaki terikat, dan terdapat dua kecederaan di bahagian kepala dipercayai dipukul dengan senjata tumpul.
“Kita telah memanggil Unit Patologi untuk melaksanakan pemeriksaan siasatan forensik serta Unit Pengesan Anjing K9 untuk mengenal pasti suspek yang melakukan perbuatan ini,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian.
Jelasnya, siasatan awal mendapati terdapat lebih daripada seorang suspek yang terlibat dalam kes samun berkenaan.
Mohd Ali berkata siasatan lanjut mendapati modus operandi kumpulan penyamun tersebut ialah turun ke tingkat bawah pasar raya dan memotong peti besi dan melarikan wang serta kereta dianggarkan bernilai RM80,000.
“Cara mereka masuk adalah dengan memanjat dinding di bahagian belakang, dan memotong bumbung menggunakan cutter sebelum turun ke dalam bangunan menggunakan tali.
“Kita turut menemui sebatang besi sepanjang satu meter yang mempunyai kesan darah di lokasi kejadian, dan ini merupakan kes pertama samun di lokasi pasar raya ini,”ujarnya lagi.
Tambahnya, pihaknya masih cuba mendapatkan rakaman kamera litar tertutup daripada bangunan berhampiran dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerena membunuh.
Menurut Mohd Ali, mangsa dipercayai menetap berasingan dengan keluarganya dan ditemui di bilik tidur sewaktu kejadian berlaku.
Tambahnya, siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 10 malam hingga lapan pagi selepas pasar raya tersebut ditutup.
Topic Berkaitan
#diikat
#Jelapang
#mayat bapa
#pasar mini
#samun
#tangan dan kaki
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan