PEMAIN tengah Newcastle, Sandro Tonali, telah didakwa atas salah laku berhubung dakwaan pelanggaran peraturan pertaruhan Persatuan Bola Sepak, perkara itu diumumkan FA.
Tonali didakwa telah melanggar peraturan FA E8 sebanyak 50 kali dengan membuat pertaruhan pada perlawanan antara 12 Ogos 2023 dan 12 Oktober 2023.
Pemain berusia 23 tahun itu, yang kini menjalani hukuman penggantungan selama 10 bulan kerana kesalahan pertaruhan ketika bermain di Itali, mempunyai masa sehingga 5 April untuk bertindak balas.
Newcastle berkata dalam satu kenyataan, “Newcastle United mengakui tuduhan salah laku yang diterima oleh Sandro Tonali berhubung dakwaan pelanggaran Peraturan Pertaruhan FA.
“Sandro terus mematuhi sepenuhnya siasatan berkaitan dan dia masih lagi mendapatkan sokongan penuh daripada kelab.
“Disebabkan proses berterusan ini, Sandro dan Newcastle United tidak dapat memberikan ulasan lanjut buat masa ini.”
Oktober tahun lalu Tonali digantung selama 10 bulan selepas mencapai kata sepakat berikutan siasatan terhadap pertaruhan haram yang dijalankan oleh Pegawai Pendakwa Itali dan Persekutuan Bola Sepak Itali (FIGC).
Dia juga didenda EURO20,000 dan diarah mengambil kursus terapi selama lapan bulan bagi menangani masalahnya selepas ejennya, Giuseppe Riso, berkata bekas pemain tengah AC Milan itu hidup dengan ketagihan judi. - Stadium Astro
Astro Arena
Fri Mar 29 2024
Newcastle United mengakui tuduhan salah laku yang diterima oleh Sandro Tonali berhubung dakwaan pelanggaran Peraturan Pertaruhan FA. - Foto AP
Letupan bom Sungai Golok: Empat anggota keselamatan Thailand cedera
Empat anggota keselamatan Thailand cedera apabila terkena letupan bom di Sungai Golok, Thailand, malam tadi.
Berang tidak bantu angkat tong gas, penghantar barang dibelasah, motor dirosakkan
Suspek menyerang mangsa dengan topi keledar sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan di dahi.
Arahan tutup pasar malam waktu Maghrib tidak babitkan peniaga bukan Islam
Arahan penutupan sementara hanya membabitkan peniaga Islam bagaimanapun turut menggalakkan peniaga bukan Islam sekiranya mahu berbuat demikian.
Pelan Tindakan Pendidikan dan Penghayatan Rukun Negara dilancar Ogos ini - Aaron
Ia melibatkan Kementerian Perpaduan Negara, Kementerian Pendidikan, Kementerian Pendidikan Tinggi, dan Kementerian Komunikasi.
Peserta maraton Cyberjaya dipapah lepasi garisan penamat
Peserta maraton rebah di garisan penamat sejurus sebelum menamatkan larian 42km dalam perlumbaan Twincity Marathon Cyberjaya.
Proton buka pusat penyelidikan dan pembangunan di Teluk Hangzhou, China
Pembukaan pusat R&D itu akan meningkatkan sinergi kecekapan dalaman mereka dengan penggunaan sumber dan pengetahuan Geely.
AWANI Ringkas: Wujudkan akta lindungi pekerja OKU/autistik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PH tayang sijil UPSR 7A, SPM 10A
Calon PH, Pang Sock Tao menyahut cabaran Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari supaya menunjukkan kelulusan pendidikan rendah dan menengahnya.
AWANI Ringkas: Wujudkan akta lindungi pekerja OKU/autistik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Isu stoking: Pengarah KK Mart, isteri akan kemuka representasi kepada AGC
Pengarah KK Mart yang berdepan dua pertuduhan melukakan perasaan orang Islam dalam isu berkaitan penjualan stoking tertera kalimah Allah akan mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara.
Sandro Tonali terus terpalit dengan isu pertaruhan
Tonali didakwa telah melanggar peraturan FA E8 sebanyak 50 kali dengan membuat pertaruhan pada perlawanan antara 12 Ogos dan 12 Okt 2023.
UCL: Sandro Tonali kembali berlatih di Newcastle di sebalik isu pertaruhan haram
Pemain antarabangsa Itali itu dilihat berlatih di ibu pejabat latihan kelab itu, Darsley Park.
Kelayakan Euro 2024: Zaniolo, Tonali tinggalkan kem Itali berikutan siasatan
Pemain Newcastle, Sandro Tonali, dan penyerang Aston Villa, Nicolo Zaniolo, kedua-duanya telah meninggalkan kem latihan Itali.