"Sangat tidak profesional rampas mikrofon!" - Media sosial

Shamil Hizamie
Mei 14, 2015 13:00 MYT
Laman Twitter dibanjiri pelbagai tweet dari para penonton yang menyaksikan forum itu yang rata-ratanya para pelajar UIA
Perdebatan mengenai Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang di adakan di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) pada malam Rabu lalu terus dirundum kontroversi.
Sebelum ini Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mempertikaikan tindakan kasar ketua keselamatan yang bertindak merampas mikrofonnya semasa sedang berucap.
Seorang lagi panel debat iaitu Lokman Noor Adam dikatakan dibenar berucap selama kira-kira 15 minit sebelum Rafizi Ramli mula berucap. Insiden rampasan mikrofon berlaku menyebabkan forum itu tidak adil lantas terpaksa diakhiri.
BACA: Kenapa Lokman boleh bercakap sehingga 15 minit? - Rafizi
BACA: Forum GST UIA: Kalau dihalang, Rafizi akan terus menipu di media sosial - Lokman
Laman Twitter turut dibanjiri banyak tweet dari para penonton yang menyaksikan forum itu yang rata-ratanya para pelajar universiti berkenaan.
Beberapa tweet dari para pelajar UIA menyifatkan insiden itu sangat memalukan malah ada juga yang menyangkal kenyataan Lokman Adam di Instagramnya.

Bkn bn, bkn pmbangkang, tp insiden security uia rampas mic rafizi tersangat2 memalukan

— Any Nabila (@any_nabila) May 14, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Jangan kelentong bro, kitaorang dekat sana. We saw everything. @rafiziramli #lokmanadam pic.twitter.com/Yvloa2m8my

— Khaleeda Atiliah (@googielum) May 13, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

uia dengan isu pembatalan program secara last minute terpisah tiada sejak 3 4 tahun kebelakangan ini.

— mechagirl102 :) (@CikCtAisyah) May 14, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Seorang pengguna turut memuat naik video perdebatan itu di laman Twitternya.

Pihak keselamatan UIA merampas pembesar suara dari naib presiden PKR Rafizi Ramli semasa forum berkaitan GST di UIA pic.twitter.com/a2F4J88to0

— Wena (@WainaZainal) May 14, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ramai menyuarakan sifat tidak profesional ketua keselamatan yang bertindak merampas mikrofon semasa Rafizi Ramli sedang berucap.

@SNabilla90 @ Disgraceful. Sack the UIA security personnel for his rude, unprofessional and upcoming behaviour.

— arunasalam (@imfsea_aruna) May 14, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Kes Rafizi smlm memalukan UIA

— Faez Badar (@faezbadar) May 14, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Rafizi diundang plajar ke UIA utk terang ttg GST. Tengah bercakap, pgawai kslamatan uni rampas speaker n suruh dia brhenti. Printah siapa?

— Syed Husin Ali (@syedhusinali) May 14, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Isu kebebasan bersuara turut menjadi persoalan sesetengah pengguna Twitter. Netizen berpendapat Rafizi tidak sepatutnya diperlaku sebegitu lantaran beliau dijemput untuk berbahas dan diberi peluang untuk menyuarakan pendapatnya.

Rafizi diundang plajar ke UIA utk terang ttg GST. Tengah bercakap, pgawai kslamatan uni rampas speaker n suruh dia brhenti. Printah siapa?

— Syed Husin Ali (@syedhusinali) May 14, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Pihak keselamatan UIA rampas pembesar suara dr @rafiziramli ketika beliau sdg berucap semasa forum Gst. Kalau Gst bagus kenapa nak sekat?

— Azmawi Azizan (@AzmawiAzizan) May 14, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Insiden UIA ni tunjuk 2 benda to me, 1 - kebebasan akademik benda ditakuti. 2 - lecturers blh open minded and tolerant tapi admin tak.

— Haziq Farhan (@Haziq_F) May 14, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Teruk giler UIA..perghh!! Dah rasa macam hidup zaman yg takde tamadun..Oh Malaysiaku!!

— P e t (@FaizalShapiee) May 14, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

UKM cancel forum, pergi UM pun kena banned juga. Yg UIA rampas mic masa tengah forum. Apa dah jadi dengan institusi pendidikan kita?

— .. (@IzzuddinSyafiq) May 14, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Lokman Adam bertindak menerangkan insiden itu di laman Instagram peribadinya.
Namun ramai yang bertindak mengherdik keterangan itu dengan menyatakan bahawa ianya tidak benar ekoran mereka berada di tempat kejadian.
#GST #Lokman Adam #Rafizi Ramli #UIA