SYARIKAT pengangkutan bas, Sani Express mengambil tindakan terhadap seorang pemandu yang didakwa enggan berhenti di hentian rawat dan rehat (R&R) untuk berehat dan solat.
Menerusi sebuah kenyataan, Sani Express berkata pihak syarikat memandang serius perkara berkenaan dan akan menjalankan siasatan dalaman.
Tambahan lagi, berhenti rehat dan solat merupakan prosedur wajib bagi semua pemandu Sani Express.
“Berkenaan isu yang tular baru-baru ini , kami telah menerima banyak pertanyaan (komen/pm/inbox) dari orang ramai tentang status tindakan selanjutnya oleh pihak syarikat berkenaan isu ini
“Untuk makluman semua, pemandu tersebut telah diturunkan dan tidak lagi diberi tugas sebagai pemandu bas buat masa ini, siasatan dalaman syarikat juga akan diadakan dalam masa terdekat.
“Tindakan disiplin/amaran/ kaunseling/ latihan semula atau tindakan lanjut adalah prosedur syarikat yang akan dilakukan kelak terhadap pemandu tersebut.
“Pihak syarikat memandang serius berkenaan insiden tersebut dan berasa kesal terhadap apa yang berlaku, berhenti rehat dan solat adalah prosedur wajib bagi semua pemandu Sani Express semasa dalam perjalanan.
“Solat lima waktu adalah perkara WAJIB yang harus dilaksanakan kita sebagai umat Islam dan kami, pihak syarikat ingin memohon maaf di atas insiden yang berlaku dan berjanji dan berusaha agar perkara tersebut tidak berulang lagi,” katanya.
Terdahulu, seorang penumpang Sani Express meluahkan rasa tidak puas hati terhadap seorang pemandu yang didakwa tidak berhenti solat Subuh serta meninggalkan penumpang dalam perjalanan dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Kuala Lumpur ke Jertih, Terengganu pada Sabtu lalu.
Dakwa penumpang itu lagi, pemandu tersebut turut meninggalkan penumpang ketika berhenti untuk membuang air kecil di stesen minyak Setiu.
Artikel asal ini diterbitkan di portal Astro GEMPAK.
Gempak
Tue Nov 23 2021
Menerusi sebuah kenyataan, Sani Express berkata pihak syarikat memandang serius perkara berkenaan dan akan menjalankan siasatan dalaman. - Foto Astro GEMPAK
[KOLUMNIS] SPRM dan kes berprofil tinggi: Ke mana sudahnya?
Belum ada dalam sejarah dunia, jumlah seramai ini yang disiasat dan didakwa agensi pencegahan rasuah kita.
Polis tahan lelaki bantu siasatan kes simbah asid Faisal Halim
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, suspek diberkas di Pandan Indah, Ampang.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada 9 pagi, ringgit naik kepada 4.7330/7400 berbanding dolar AS daripada 4.7370/7400 pada Jumaat lepas.
Jualan kenderaan terima kesan akibat pemotongan subsidi, segmen M40 diramal paling terjejas - RHB Investment
Katanya, kumpulan berpendapatan rendah masih dijangka menerima subsidi manakala golongan berpendapatan tinggi mungkin tidak begitu terkesan.
Ambil contoh kelulusan sehari di Arab Saudi - PM
Anwar berkata, kecekapan dan kepantasan memberi kelulusan segera itu seterusnya membolehkan negara berkenaan melonjak tinggi.
Penjualan kepentingan BHIC dalam syarikat kontraktor LCS kini bertukar menjadi 'tanpa syarat'
Dengan kelulusan pemegang saham, semua syarat terdahulu seperti yang dinyatakan dalam SSA telah dipenuhi, kata BHIC.
Menteri, ketua jabatan perlu kemuka nama kampung minggu depan
Anwar berkata, pendekatan yang diperkenal bagi mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh rakyat tidak boleh memakan masa yang lama.
Anwar dijadual adakan pertemuan dalam talian dengan Google hari ini
Tanpa menyatakan butiran lanjut mengenai isu yang akan dibincangkan, beliau berkata Malaysia terus mendapat minat daripada pelabur asing.
Lapan termasuk kanak-kanak, bayi cedera, kereta terbabas di lebuh raya PLUS
Kesemua mangsa menaiki kereta jenis Proton Exora yang telah terbalik di sisi kanan dalam kemalangan di lebuh raya PLUS awal pagi ini.
Pusat Rawatan Madinah mula beroperasi, dilengkapi pelbagai kemudahan, doktor pakar
Pusat rawatan berkenaan dilengkapi kemudahan antaranya wad dengan kapasiti 33 katil, unit kecemasan, x-ray, fisioterapi dan makmal perubatan selain pakar pemakanan.
Sani Express ambil tindakan terhadap pemandu tidak berhenti untuk penumpang solat Subuh
Syarikat pengangkutan bas, Sani Express mengambil tindakan terhadap seorang pemandu yang didakwa enggan berhenti di hentian rawat dan rehat (r&r) untuk berehat dan solat.