awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Santiniketan disenarai sebagai tapak warisan dunia UNESCO

Bernama
Bernama
18/09/2023
21:15 MYT
Santiniketan disenarai sebagai tapak warisan dunia UNESCO
Santiniketan yang bermaksud "tempat tinggal yang damai" ialah sebuah sekolah berasrama dan pusat seni berdasarkan tradisi India kuno. - Foto Twitter/UNESCO
NEW DELHI: Santiniketan, sebuah bandar di India, tempat pemenang Nobel Rabindranath Tagore membina universiti pusat Visva Bharati lebih seabad lepas, kini dalam Senarai Warisan Dunia UNESCO.
Badan dunia itu membuat pengumuman tersebut pada sesi ke-45 mesyuarat Jawatankuasa Warisan Dunia di Arab Saudi pada Ahad, lapor Xinhua.
Santiniketan dibuka pada tahun 1901 oleh Maharshi Debendranath Tagore, bapa Rabindranath Tagore, di daerah Birbhum di Bengal Barat.
Santiniketan yang bermaksud "tempat tinggal yang damai" ialah sebuah sekolah berasrama dan pusat seni berdasarkan tradisi India kuno dan wawasan kesatuan manusia merentas sempadan agama dan budaya.
"Sebuah 'universiti dunia' ditubuhkan di Santiniketan pada tahun 1921, mengiktiraf perpaduan kemanusiaan atau "Visva Bharati".
Berbeza daripada orientasi seni bina kolonial British yang lazim pada awal abad ke-20 dan modenisme Eropah, Santiniketan menggunakan pendekatan moden pan-Asia, memanfaatkan tradisi kuno, zaman pertengahan dan rakyat dari seluruh rantau ini," menurut keterangan yang disediakan oleh UNESCO.
Perdana Menteri India Narendra Modi menyuarakan kegembiraannya atas pemilihan Shantiniketan dalam Senarai Warisan Dunia UNESCO.
"Gembira kerana Santiniketan, penjelmaan wawasan Gurudev Rabindranath Tagore dan warisan budaya India yang kaya, kini tercatat dalam Senarai Warisan Dunia UNESCO. Ini adalah detik yang membanggakan bagi semua orang India," kata Modi dalam satu kenyataan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Santiniketan
#Senarai Warisan Dunia UNESCO
#Rabindranath Tagore
#India
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan