awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Sanusi ditangkap? Saya tiada maklumat, itu bidang kuasa polis' - Saifuddin

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
06/08/2023
09:46 MYT
'Sanusi ditangkap? Saya tiada maklumat, itu bidang kuasa polis' - Saifuddin
Datuk Saifuddin Nasution Ismail (kanan) pada sidang media selepas mengadakan walkabout bersama calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pedu Datuk Seri Mahdzir Khalid di pasar Pekan Naka, hari ini. - Foto Astro AWANI
PADANG TERAP: Menteri Dalam Negeri, Datuk Saifuddin Nasution Ismail menjelaskan beliau tidak mendapat maklumat sama ada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor akan ditahan atau tidak.
Menurut beliau, sekiranya tangkapan dibuat, ia dilakukan di bawah bidang kuasa polis dan bukan atas arahan menteri.
"Saya tidak ada maklumat sehingga saya baca kenyataan polis. Ini tidak bagus dengan suasana kita bertarung (dalam PRN), kita bawa elemen tidak pasti.
"Apakah ada kemungkinan (Sanusi ditangkap)? Saya tidak boleh jawab bagi pihak itu sebab penguat kuasa ialah polis. Ia tidak bagus dalam suasana kita bertarung macam ini, kita bawa elemen yang tak pasti, itu tak bagus," jelasnya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan walkabout bersama calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri Pedu Datuk Seri Mahdzir Khalid di pasar Pekan Naka, hari ini.
Saifuddin Nasution berkata demikian sebagai mengulas pertanyaan media sama ada Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) itu akan ditangkap tidak lama lagi.
Semalam, Ketua Komunikasi Korporat PDRM, ACP Skandaguru Anandan dalam kenyataan menafikan pihaknya telah menahan Muhammad Sanusi.
Topic Berkaitan
#Muhammad Sanusi Md Nor
#Menteri Dalam Negeri
#Saifuddin Nasution Ismail
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan