awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
#EduRoundtables2025: Isu keciciran antara agenda utama ASEAN
DUNIA
Starship Ship 36 milik SpaceX meletup ketika ujian di Starbase
MALAYSIA
PM Anwar kecam serangan Israel ke atas Iran sebagai 'punitif tanpa provokasi'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

POLITICS

Sanusi menghadap Sultan Kedah 25 Jun, cadang bubar DUN 28 Jun

Abd Hadi Che Awang
Abd Hadi Che Awang
15/06/2023
08:25 MYT
Sanusi menghadap Sultan Kedah 25 Jun, cadang bubar DUN 28 Jun
Menurut Muhammad Sanusi, beliau akan mempersembahkan cadangan pembubaran mewakili kerajaan negeri Kedah iaitu pada 28 Jun sempena hari wukuf di Arafah. - Fail/Sinar Harian
ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengesahkan bahawa akan menghadap Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah bagi mendapat perkenan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri itu, 25 Jun depan.
Menurut ADUN Jeneri itu, beliau juga akan mempersembahkan cadangan pembubaran mewakili kerajaan negeri Kedah iaitu pada 28 Jun sempena hari wukuf di Arafah.
"Saya kena (dapat) perkenan Tuanku (Sultan Kedah) terlebih dahulu, saya akan menghadap 25 (Jun), saya bercadang persembahkan kepada Tuanku Sultan cadangan daripada kerajaan (negeri iaitu) adalah 28 (Jun), sempena hari wukuf, wukuf ini (bermaksud) berhenti. 

"(Berkenaan) cadangan (itu), kalau Tuanku perkenan baru saya boleh umum secara rasmi, kalau Tuanku tak perkenan, (ataupun) titah (untuk) lanjut lagi, (kita) ada lagi (masa) beberapa hari, ataupun (Tuanku titah) bubar hari ini, (kita kena laksanakan), (itu semua) terserah kepada perkenan Tuanku," katanya. 
 Sanusi berkata demikian ketika sidang media selepas majlis penyerahan khemah, meja dan kerusi kepada Majlis Ketua Kampung (MKK) sempena Program Sejahtera Komuniti di Wisma Darul Aman, pada Khamis. 
 Sebelum ini, Menteri Besar Kedah itu mengesahkan bahawa Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah akan dibubarkan pada minggu keempat bulan hadapan. 
 Menurut beliau, tindakan lanjut selepas pembubaran berkenaan adalah di bawah kuasa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) termasuk hari penamaan calon dan hari pengundian. 
 Untuk rekod, Perikatan Nasional (PN) memiliki komposisi kerusi tertinggi di DUN Kedah dengan 21 kerusi dimana Pas mempunyai 15 kerusi diikuti Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dengan enam kerusi. 
 PH pula memiliki 10 kerusi DUN, Barisan Nasional (dua kerusi) dan Parti Pejuang Tanah Air (dua kerusi).
Topic Berkaitan
#bubar DUN
#Muhammad Sanusi Md Nor
#DUN Kedah
#PRN
#Sultan Kedah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami