BALING: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menafikan beliau memberi permit kepada pencuri untuk memasuki hutan simpan sepertimana dakwaan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) itu berkata, dakwaan Saifuddin Nasution bahawa dirinya telah memberi kebenaran kepada pencuri unsur nadir bumi (REE) untuk memasuki kawasan Hutan Simpan Bukit Enggang, Sik adalah tidak benar sama sekali.
"Dia (Saifuddin Nasution) kata Sanusi beri kebenaran kepada pencuri REE masuk hutan simpan, ni nak oyat (beritahu) mu ni pudin, dengar, kebenaran masuk hutan simpan hanya boleh dikeluarkan oleh Jabatan Perhutanan, bukan MB dan bukan Pejabat Menteri Besar, bukan Pejabat Daerah, bukan agensi lain.
"Satu-satunya agensi yang boleh keluar permit masuk hutan simpan adalah Jabatan Perhutanan bukan MB cek ooi," katanya ketika hadir ke Program Calon PN Baling bersama Gathering Anak Baling di Padang Awam Kampung Lalang Siong di sini semalam.
Sebaliknya, Muhammad Sanusi mendakwa Setiausaha Agung Pakatan Harapan (PH) itu sebenarnya memasuki Hutan Simpan Bukit Enggang tanpa permit.
"Satu manusia telah dikesan masuk Hutan Simpan Bukit Enggang Kompartmen 12 tanpa permit masuk hutan (iaitu) Jabatan Perhutanan namanya Saifuddin Nasution. Dia tak mohon permit, dia boleh didakwa kerana masuk tanpa permit," dakwanya.
Muhammad Sanusi bagaimanapun menjelaskan, biarpun dilantik sebagai MB, namun setiap kali ada keperluan untuk memasuki kawasan hutan simpan, beliau tetap memohon permit kepada agensi berkenaan.
"Kata hat padan dengan mu saja, jadi bom atom tu tak meletop tuan-tuan, kalau tak meletop, tuan dia ambik taruh kelik boh bawah katil malam-malam dia meletop oo, jaga," katanya secara berseloroh.
Jelas Muhammad Sanusi, prosedur berkenaan adalah tata kelola yang dilaksanakan kerajaan negeri sepanjang tiga tahun di bawah pentadbiran beliau di mana setiap agensi dan jabatan melaksanakan tugas masing-masing tanpa mencampuradukkan satu sama lain.
"Inilah tata kelola tadbir urus yang kita laksanakan selama tiga tahun, agensi buat kerja agensi, jabatan buat kerja jabatan, exco buat kerja exco, saya buat kerja saya, buat kerja masing-masing, kita tak campur gaul semua ni.
"Macam Pudin dia gaul ke semua masuk dalam guni dia hirit (mengasingkan bahan dengan kaki) sekali," dakwanya.
Sebelum ini, Saifuddin Nasution pada sidang media mempersoalkan bagaimana pencuri REE boleh naik ke kompartmen 12 Hutan Simpan Bukit Enggang dan melepasi empat pagar keselamatan yang kesemuanya berpengawal.
Dakwanya, tidak mungkin pencuri mineral terbabit dapat melepasi kesemua pagar berkenaan sekiranya mereka tidak diberi kebenaran oleh Perbadanan Menteri Besar (MBI) Kedah untuk sampai ke lokasi kejadian.
Sementara itu, dalam program berkenaan, lebih 1,000 penyokong hadir menunggu ketibaan Muhammad Sanusi yang tiba pada jam lebih kurang 6.23 petang sebelum bersurai kira-kira setengah jam kemudian dalam keadaan hujan lebat. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Aug 10 2023
Muhammad Sanusi melayan penyokong yang ingin berswafoto biarpun dalam keadaan hujan lebat. - Foto Sinar Harian
'Saya akan berjuang bersama rakyat sehingga akhir' - Presiden Yoon
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol berkata akan berjuang sehingga akhir demi mempertahankan demokrasi dan perlembagaan Korea bersama rakyat.
PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memulakan prosiding lima isu baharu pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.
[INFOGRAFIK] Banjir: Enam Jenis Penyakit Bawaan Air
Berikut adalah info berkenaan dengan enam jenis penyakit bawaan air dimusim banjir.
Subsidi tiket penerbangan boleh ditebus Januari 2025 - Anthony Loke
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mahasiswa boleh mohon subsidi tiket penerbangan seawal Januari untuk digunakan sepanjang tahun dan bernilai RM499 sehala.
#AWANInews
#AWANInews
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang bacaan kali pertama di Dewan Rakyat
Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia 2024 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, bagi mengadakan peruntukan untuk penubuhan perbadanan bebas dikenali Majlis Media Malaysia.
'Jel tujuh tahun, dua sebatan, denda RM10 juta melampau' - Syed Saddiq
Syed Saddiq mengemukakan 18 alasan dalam petisyen rayuannya supaya dibebaskan daripada empat kes subahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang berkaitan dana Armada.
[TERKINI] Wan Azizah, Mohamad Sabu dan Anthony Loke nafi kenyataan Tun M
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Sabu dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menjelaskan keputusan tidak meneruskan semakan dan tafsiran berhubung isu Pulau Batu Puteh dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri secara bertulis.
AWANI Ringkas: Amaran hujan tahap waspada sehingga Jumaat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
RUU Majlis Media Malaysia dibentang di Dewan Rakyat
RUU tersebut dibentangkan oleh Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching yang memaklumkan bacaan kali kedua akan dibuat pada mesyuarat akan datang.
KDN manfaatkan kuarters kosong KPM tempatkan anggota PDRM
Kementerian Dalam Negeri akan menempatkan anggota Polis Diraja Malaysia di kuarters milik Kementerian Pendidikan yang kosong.
Sanusi lepas bebas satu kes hasut
Mahkamah memerintahkan Sanusi dilepaskan dan dibebaskan (DNA) daripada satu pertuduhan.
MB Kedah berpindah, kediaman terjejas banjir
Pekarangan kediaman itu mula dinaiki air dari Sungai Anak Bukit awal pagi semalam.
Sanusi kata ada komplot gagalkan pelaburan, saya tetap sokong Hyundai masuk ke Kedah – PM
Perdana Menteri menegaskan adalah keputusannya untuk membawa masuk pelaburan syarikat permotoran gergasi Korea Selatan, Hyundai Motor untuk bertapak di Kedah.
Cadangan bina Pelabuhan Sanglang telah dikemuka kepada Kementerian Pengangkutan - Sanusi
Syarikat yang dilantik untuk membangunkan Pelabuhan Sanglang di Kubang Pasu telah mengemukakan cadangan pembangunan prasarana berkenaan kepada Kementerian Pengangkutan.
Penjawat awam Kedah terima bantuan khas kewangan RM2,000 - Sanusi
Kerajaan Kedah mengumumkan pemberian bantuan khas kewangan berjumlah RM2,000 kepada 5,376 penjawat awam di negeri ini.
MB Kedah sokong gesaan PM singkir Israel daripada PBB
Muhammad Sanusi berkata sememangnya kewujudan negara rejim Zionis itu tidak pernah diiktiraf Malaysia dan idea perdana menteri itu merupakan sesuatu yang baik.
AGC belum putuskan representasi kedua Sanusi agar pertuduhan menghasut ditarik balik
Ini merupakan representasi kedua Ahli Dewan Undangan Negeri Jeneri, Kedah itu selepas yang pertama ditolak oleh AGC pada Mei lepas.
MB Kedah akan patuhi titah Sultan Selangor, jaga tutur kata
Menteri Besar Kedah itu juga berazam akan mematuhi titah nasihat Sultan Selangor untuk lebih berhati-hati serta menjaga tutur kata khususnya ketika berada di Selangor.
AGC masih pertimbang representasi MB Kedah, kes ditangguh 25 Oktober
Mahkamah menetapkan 25 Oktober untuk sebutan semula kes dan Sanusi diwajibkan menghadiri prosiding pada hari tersebut.
Sultan Selangor terima permohonan maaf Sanusi, titah jaga adab sebagai pemimpin
Sultan Selangor berkenan menerima permohonan ampun dan maaf daripada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor atas nama ukhwah sesama Islam serta bangsa Melayu.