awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lima termasuk kanak‑kanak cedera dalam insiden tembakan ketika perarakan Mardi Gras di Louisiana
Terbuka Australia: Rybakina muncul juara, julang gelaran grand slam kedua
SpaceX dilapor pertimbang gabung syarikat bersama Tesla
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sanusi persembah senarai calon Exco kepada Sultan Kedah Khamis ini

Bernama
Bernama
15/08/2023
11:51 MYT
Sanusi persembah senarai calon Exco kepada Sultan Kedah Khamis ini
Muhammad Sanusi (foto) berkata senarai nama calon Exco tersebut diperoleh daripada kepimpinan parti komponen Perikatan Nasional dan akan dipersembah kepada Sultan Kedah untuk mendapat perkenan baginda. -Gambar fail/Bernama
ALOR SETAR: Menteri Besar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor akan menghadap Sultan Kedah Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah bagi mempersembahkan senarai nama calon Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah (Exco) di Istana Anak Bukit, Khamis ini.
Beliau berkata senarai nama calon Exco tersebut diperoleh daripada kepimpinan parti komponen Perikatan Nasional dan akan dipersembah kepada Sultan Kedah untuk mendapat perkenan baginda.
"Minggu ini persembahkan senarai calon Exco dan awal minggu depan akan angkat sumpah, lepas itu baru kita susun perkara lain... susah hendak buat pilihan, saya terima (nama), saya tapis sikit dan bagi pandangan sedikit sebelum persembahkan kepada Tuanku Sultan.
"Sekiranya Tuanku Sultan perkenan okey la semuanya, kalau tidak kita akan buat pertukaran... saya tidak boleh bagi tahu nama siapa kerana tidak boleh mendahului proses-proses yang sepatutnya," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Diminta mengulas kenyataan Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain bahawa polis akan memanggil beliau untuk memberi keterangan berhubung tindakan yang dikatakan sengaja menayang kertas undi kepada petugas media pada hari mengundi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabtu lalu, Muhammad Sanusi meminta cerita berkaitan perkara itu dihentikan.
Razarudin hari ini memaklumkan siasatan terhadap Menteri Besar Kedah itu dijalankan selepas didakwa melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dan pihaknya akan melihat cadangan yang bersesuaian termasuk mengikut Sekyen 19 akta sama.
Terdahulu, Muhammad Sanusi merasmikan Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Kedah dan mengedarkan bendera itu di dua lokasi iaitu Plaza Tol Alor Setar (Utara) dan premis perniagaan di Kompleks City Plaza di sini.
Beliau berkata kempen itu bertujuan menyemarak dan menyemai semangat patriotik dalam kalangan masyarakat Malaysia terutama di Kedah sempena sambutan Hari Kebangsaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Muhammad Sanusi Md Nor
#Sultan Kedah
#Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah
#senarai nama calon Exco
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan