awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SAR cari nelayan hilang jatuh laut ditamatkan

Sinar Harian
Sinar Harian
26/03/2023
05:12 MYT
SAR cari nelayan hilang jatuh laut ditamatkan
Maritim Malaysia akan terus melaksanakan tugas operasi seperti biasa di samping cuba mencari petunjuk-petunjuk baharu yang mungkin menjurus kepada penemuan mangsa. - Gambar hiasan
KEMAMAN: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki yang dikhuatiri hilang selepas dipercayai terjatuh dari bot di perairan Pulau Tenggol, Dungun sejak Selasa lalu terpaksa ditamatkan pada Sabtu.
Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kemaman, Komander Maritim Rashidilhadi Abd Rashid berkata, keputusan tersebut diambil selepas tiada sebarang petunjuk baharu ditemui.
Bagaimanapun menurutnya, Maritim Malaysia akan terus melaksanakan tugas operasi seperti biasa di samping cuba mencari petunjuk-petunjuk baharu yang mungkin menjurus kepada penemuan mangsa, Ismail Awang, 72.
”Selain itu, komuniti maritim sekitar turut dimaklumkan mengenai kehilangan mangsa dan diminta memaklumkan segera kepada pihak berkuasa sekiranya terdapat sebarang maklumat,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Ahad.
Rashidilhadi berkata, antara aset dan agensi yang terlibat dalam SAR kali ini ialah Maritim Malaysia, Pasukan Polis Marin, Jabatan Perikanan Malaysia dan Persatuan Nelayan Kawasan sekitar Dungun.
Ismail dari Dungun yang merupakan ayah kepada tekong bot dilaporkan hilang selepas dipercayai terjatuh di laut semasa bot mereka dalam perjalanan pulang ke jeti Dungun kira-kira jam 11 malam Selasa lalu.
Maritim yang menerima laporan berhubung kejadian sekitar jam 3 pagi Rabu telah bertindak mengaktifkan SAR mangsa setengah jam kemudian. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#nelayan hilang
#operasi sar
#Dungun
#operasi dihenti
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan