awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
P.Pinang tersenarai antara destinasi terbaik untuk dilawati oleh CNN dan New York Times
Umrah: Laksana segera syarat jaminan bank ke atas agensi pelancongan - Tiong
NADI laksana penilaian keselamatan susulan siri pecah masuk, kecurian di Johor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Saranan ujian 'COVID neutralizing antibody test' luar bidang kuasa PDRM

Bernama
Bernama
25/07/2021
11:16 MYT
Saranan ujian 'COVID neutralizing antibody test' luar bidang kuasa PDRM
Acryl Sani berkata sebarang persoalan yang timbul ekoran kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah sebelum ini adalah dikesali. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kenyataan yang menyarankan individu khuatir disuntik dengan vaksin kosong supaya melakukan ujian 'COVID Neutralizing Antibody Test' adalah di luar bidang kuasa Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata sehubungan itu sebarang kesulitan atau persoalan yang timbul ekoran kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan sebelum ini adalah dikesali.
"PDRM kekal komited untuk menyokong Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dan akan mengambil langkah selari dengan Kementerian Kesihatan Malaysia.
BACA: Tampil buat laporan sekiranya terima suntikan kosong vaksin COVID-19 - Bukit Aman
"Pasukan Petugas Khas Imunisasi COVID-19 dan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan COVID-19 dalam proses memastikan perkhidmatan vaksinasi terbaik disampaikan kepada orang ramai," katanya dalam kenyataan hari ini.
Semalam Abd Jalil berkata penerima vaksin yang gelisah dan berasa diperdayakan boleh membuat 'COVID Neutralizing Antibody Test' di makmal perubatan yang berlesen iaitu selepas sebulan menerima suntikan dos kedua untuk mengesahkan keberadaan antibodi dalam badan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PDRM
#Bukit Aman
#Ketua Polis Negara
#Acryl Sani
#COVID Neutralizing Antibody Test
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan