KUCHING: Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) sedang bekerjasama dengan Sarawak Information Systems Sdn Bhd (SAINS) bagi membangunkan aplikasi pemantauan kehadiran buaya secara real time' atau data masa nyata.
Timbalan Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar Sarawak Datuk Len Talif Salleh berkata menerusi aplikasi itu, populasi buaya dapat dipantau secara berterusan dan kawasan panas konflik manusia dan buaya dapat dikenal pasti.
Katanya kerajaan Sarawak sentiasa bersedia mempelopori penggunaan teknologi terkini dalam mana-mana bidang.
"Secara amnya, (buat masa ini) dron dan Sistem Penentu Kedudukan Global (GPS) digunakan untuk membuat pemerhatian dan merekodkan taburan buaya dan sarang buaya.
"Walau bagaimanapun, kita perlu akur yang kita perlu berkongsi habitat dengan buaya dan kita perlu mengambil langkah bersesuaian untuk mengurangkan risiko serangan buaya," katanya menjawab soalan Mohd Chee Kadir (GPS-Kabong) semasa sesi soal jawab di Persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak di sini, hari ini.
Mohd Chee mahu tahu apakah langkah-langkah yang telah dan akan diambil kerajaan negeri bagi mengatasi ancaman serangan buaya di Sarawak.
Len Talif berkata dari tahun 2020 hingga kini, SFC telah menjalankan sebanyak 107 operasi dan 95 ekor buaya telah ditangkap serta 482 biji telur telah dipindahkan.
"Dari tahun 2020 hingga tahun 2022, sebanyak 77 lesen pemburuan buaya telah dikeluarkan.
"Program Kesedaran 3M (mengetahui, memahami dan memulihara) Buaya juga sentiasa dianjurkan di kawasan-kawasan mempunyai kehadiran buaya dan papan tanda amaran kehadiran buaya diletakkan di kawasan strategik," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 17 2023
Buat masa ini dron dan GPS digunakan untuk membuat pemerhatian dan merekodkan taburan buaya dan sarang buaya. - Gambar hiasan
Cristiano Ronaldo bantu Al-Nassr raih kemenangan kedua musim ini
Ronaldo menjaringkan gol pembukaan untuk membantu kemenangan kedua mereka dalam saingan Liga Pro Saudi musim ini.
AWANI Ringkas: Mangsa di PPS terus meningkat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Nilai pasaran bintang JDT, Arif Aiman bakal melonjak
Dua gol jaringan Arif Aiman dalam aksi ACLE 2024/25 menentang Shanghai Port membuktikan kemampuan dimiliki pemain berusia 22 tahun itu di pentas Asia.
#AWANIRingkas 21 September 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi 21 September 2024
1️⃣ Perkembangan banjir di Kedah
2️⃣ SZB catat peningkatan trafik
3️⃣ Unga Ke-79
#awaniringkas
1️⃣ Perkembangan banjir di Kedah
2️⃣ SZB catat peningkatan trafik
3️⃣ Unga Ke-79
#awaniringkas
AWANI Pagi: Kepentingan industri pelancongan kepada Wilayah Persekutuan
AWANI Pagi 7.30 pagi akan bersama Datuk Noridah Abdul Rahim, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan, akan mengulas berhubung senario industri pelancongan di Wilayah Persekutuan serta strategi yang dilaksanakan dalam meningkatkan industri pelancongan di kawasan itu.
Perkembangan banjir di Kedah
Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Kedah terus meningkat setakat 6 pagi tadi.
Manakala jumlah mangsa banjir di Pulau Pinang, Perlis dan Selangor menunjukkan penurunan berbanding malam tadi.
Manakala jumlah mangsa banjir di Pulau Pinang, Perlis dan Selangor menunjukkan penurunan berbanding malam tadi.
PGA rampas rokok seludup bernilai lebih RM200,000 di Tumpat
Pasukan Gerakan Am Briged Tenggara menumpaskan sindiket penyeludupan rokok dan merampas 200,000 batang rokok bernilai RM264,000 dalam dua operasi berasingan di Tumpat, semalam.
Pemangku Presiden Muda, Amira Aisya selamat diijabkabulkan
Amira Aisya Abdul Aziz selamat diijabkabulkan dengan pasangannya, Luqman Long pada pagi Jumaat.
UNGA 79: Konflik di Palestin, isu kemanusiaan di Myanmar antara fokus kenyataan Malaysia
Menteri Luar Mohamad Hasan akan menegaskan komitmen Malaysia terhadap multilateralisme, keamanan dan kerjasama antarabangsa di tengah cabaran global.
Terenggganu keluar fatwa GISB sesat jika ada bukti jelas - Mufti
Terengganu hanya akan mengeluarkan fatwa mengenai kepercayaan dan ajaran dalam GISB sebagai sesat sekiranya terdapat bukti jelas.
PM Anwar mahu KPM beri penekanan penguasaan Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris
Perdana Menteri mahu KPM memberikan penekanan terhadap penguasaan tiga subjek utama pendidikan iaitu Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris.
Bidang astronomi negara ketinggalan 100 tahun - Pakar
Kurangnya galakan dan pendedahan bidang ini di peringkat pendidikan awal merupakan punca mengapa ia masih terkebelakang.
Lebih ramai pelajar Malaysia digalakkan sertai Asia's Kids Star 2025
Beliau akan berbincang dengan pihak penganjur agar lebih ramai pelajar Malaysia libatkan diri dalam program 'Asia's Kids Star'.
Kaedah pembelajaran 'menakutkan' punca pelajar ambil aliran sains merosot
Kaedah pembelajaran aliran Sains di peringkat sekolah rendah dianggap 'menakutkan' sekaligus membuatkan pelajar tidak berminat mengikuti aliran berkenaan di peringkat menengah.
Bidang pekerjaan yang mungkin tidak mampu 'dirampas' AI, jom semak!
Sejak bermulanya revolusi teknologi dalam beberapa industri pekerjaan, wujud beberapa ancaman apabila teknologi dilihat mampu mengambil alih tugasan manusia.
Kuasai teknologi digital, bangun tenaga kerja berkebolehan - Dr Mahathir
Penggunaan teknologi di Malaysia terutamanya dalam perniagaan dan industri masih rendah.
Pelajar umur 48 tahun menangis dapat pegang mikroskop
Disebabkan masalah kewangan, wanita ini pernah terpaksa melupakan niat meneruskan zaman persekolahan.
Imej paling terperinci galaksi dari teleskop angkasa Webb
Teleskop Angkasa James NASA bernilai AS$9 bilion merupakan teleskop sains angkasa lepas terbesar dan paling berkuasa pernah dihasilkan.
MEASAT-3d: Tarik lebih ramai anak muda ceburi bidang aeroangkasa
Pendedahan terhadap ilmu aeroangkasa adalah sesuatu yang perlu dilihat secara serius dalam usaha menjadikan Malaysia sebuah negara maju.
Tidak pernah dijangkti COVID-19... Ada penjelasan sains atau sekadar bernasib baik?
Apabila dijangkiti, terdapat perbezaan tindak balas imun individu terhadap SARS-CoV-2 yang memainkan peranan dalam menentukan tahap gejala.