awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sarawak bantu bina stesen janakuasa hidroelektrik terbesar di Indonesia

Shafik Ahmad
Shafik Ahmad
01/03/2023
08:12 MYT
Sarawak bantu bina stesen janakuasa hidroelektrik terbesar di Indonesia
Jokowi dan Abang Johari menyempurnakan majlis pecah tanah projek stesen janakuasa hidro di Malinau , Kalimantan Utara. - Astro AWANI
KALIMANTAN UTARA: Presiden Indonesia Joko Widodo menyempurnakan majlis pecah tanah projek hidroelektrik terbesar di negara itu di Sungai Mentarang, 35 kilometer dari Malinau, di sini.
Majlis turut dihadiri Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Timbalan Premier, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan dan Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar, Hazland Abang Hipni.
Projek yang dibangunkan PT Kayan Hydropower Nusantara itu turut melibatkan kerjasama Sarawak menerusi Sarawak Energy Berhad sebagai rakan kongsi.
Projek berkenaan apabila siap nanti mampu menghasilkan 1,375 megawatt tenaga elektrik untuk zon industri di Kalimantan Utara.
Pejabat Premier Sarawak dalam kenyataannya berkata Sarawak bersedia berkongsi pengalaman dengan Indonesia dalam bidang penjanaan tenaga boleh diperbaharu untuk manfaat bersama dari segi kelestarian alam sekitar dan pembangunan ekonomi.
Berbekalkan pengalaman membangunkan tiga stesen hidro sedia ada, Abang Johari yakin Sarawak mempunyai keupayaan untuk membantu merealiasikan hasrat tersebut.
Abang Johari berkata sebagai sumber tenaga boleh diperbaharui terbesar di Malaysia, Sarawak sudah membekalkan tenaga eletrik ke Kalimantan Barat dan langkah seterusnya ialah penyaluran ke Sabah dan Brunei.
Beliau yakin projek tersebut akan menarik lebih banyak pelaburan ke Kalimantan Utara sekali gus mempertingkatkan ekonomi wilayah tersebut yang beliau anggap sebagai mempunyai budaya yang agak sama dengan Sarawak.
Pembinaan akan dimulakan pada suku pertama 2024 dan dijangka siap pada akhir 2029 yang akan beroperasi penuh pada 2030.
Topic Berkaitan
#Hidroelektrik
#Joko Widodo
#Abang Johari Tun Openg
#Kalimantan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan