awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Menteri Luar Turkiye bertemu delegasi Hamas di Ankara, bincang pelan damai Gaza
JAS serbu tapak pelupusan haram susulan gangguan bau hangit di Johor bahru
Krismas: TPM Fadillah ajak rakyat terus perkukuh perpaduan, saling menghormati
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sarawak bincang penerbangan terus Kuching-Pontianak dengan Indonesia

Bernama
Bernama
01/09/2022
22:45 MYT
Sarawak bincang penerbangan terus Kuching-Pontianak dengan Indonesia
Lee Kim Shin (foto) berkata pihaknya akan memulakan perbincangan tersebut dengan pihak Konsulat Jeneral Indonesia di Kuching tidak lama lagi. - Foto fail/BERNAMA
SERIAN: Kerajaan Sarawak akan berbincang dengan Indonesia bagi memulakan penerbangan terus dari Kuching ke Pontianak.
Menteri Pengangkutan Sarawak Datuk Seri Lee Kim Shin berkata pihaknya akan memulakan perbincangan tersebut dengan pihak Konsulat Jeneral Indonesia di Kuching tidak lama lagi.
"Saya juga difahamkan bahawa syarikat penerbangan AirAsia sudah memohon untuk memulakan penerbangan bagi Kuching ke Pontianak.
"Jadi kita harap perkara ini dapat direalisasikan segera agar sektor pengangkutan kita dapat kembali seperti sebelum pandemik COVID-19," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan semula operasi bas ekspres antara Kuching dan Pontianak di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di sini pada Khamis.
Sementara itu, Lee mengingatkan pemandu bas ekspres bagi perjalanan Kuching-Pontianak-Kuching supaya tidak mengambil penumpang di pertengahan jalan bagi mengelak kemasukan pendatang tanpa izin dan aktiviti penyeludupan dadah.
"Pegawai penguat kuasa juga telah diingatkan melakukan pemeriksaan yang kerap agar tiada pengambilan penumpang secara tiba-tiba, secara haram dan tiada aktiviti berkaitan dadah," katanya.
Lee berkata sebagai permulaan, kekerapan perkhidmatan bas ekspres Kuching-Pontianak dan Pontianak Kuching adalah lima kali seminggu.
"Tempoh percubaan ini adalah selama sebulan yang bermula hari ini hingga 30 Sept, jika mendapat sambutan kita (kementerian) akan menambah perkhidmatan bas memandangkan ada syarikat lain turut membuat permohonan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Lee Kim Shin
#penerbangan terus Kuching ke Pontianak
#AirAsia
#ICQS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan